6 Juta Pekerja Indonesia Diluar Negara

JAKARTA — Enam juta tenaga kerja Indonesia (TKI) yang sedang berkhidmat di luar negera telah memberi banyak sumbangan kepada negara asal mereka termasuk membantu mengatasi masalah kemiskinan, kata Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat.
“Jasa TKI luar biasa, ada 6 juta TKI di luar negera. Tugas kerajaan di manapun mengurangi kemiskinan dan pengangguran. Dari wang TKI roda perekonomian boleh bergerak.

"Dari 6 juta TKI yang bekerja di luar negera 30 juta anggota keluarga tidak miskin, TKI juga boleh menggiatkan ekonomi kecil dan sederhana,” katanya ketika bercakap pada satu perbincangan di bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), di sini, semalam.
Jumhur berkata tidak ada kekuatan apapun yang boleh menghalang migrasi ke luar negera kerana ia merupakan alasan struktural dan orang ingin berpindah termasuk kerana perbezaan upah yang lebih layak dan kesejahteraan yang lebih baik. “Di Eropah Timur terdapat ribuan (pihak) yang memerlukan pekerja Indonesia, meski demikian TKI kita sudah ada di 116 dari jumlah 119 negara yang menerima pekerja migran,” katanya.

— BERNAMA













Comments
No comments yet. Why not make the first one!
New Comment