Akibat inginkan alat kemaluan yang lebih besar

Posted by Mrbelia on 12:49 AM, 23-Nov-11  •  Under: Singapore News

bh-22202379.jpg

KERANA tidak puas dengan apa yang dimilikinya, Encik Joe (bukan nama sebenar) memilih untuk menebalkan zakarnya.

Tetapi, kerana enggan diketahui sesiapa, Encik Joe, seorang warga Myanmar berusia 42 tahun yang berpangkalan di sini, meminta bantuan seorang rakan yang rapat dengannya untuk melakukan prosedur menebalkan alat kemaluannya itu.

Caranya: menyuntik sejenis minyak yang mampu menebalkan dan membesarkan saiz zakarnya itu.

Hajatnya seolah-olah termakbul.

Selama dua minggu segala keiinginannya tercapai.

Tetapi apa yang berlaku selepas tempoh itu pasti membuat ramai pembaca berasa mual.

Semua kulit zakarnya dilaporkan gugur!

Menceritakan kisah itu, pakar urologi di Hospital Mount Elizabeth, Dr Sam Peh, berkata:

'Beliau melakukan sendiri prosedur itu di rumah menggunakan sejenis minyak yang tidak diketahui asal usulnya.

'Ia disuntik oleh seorang rakannya.

'Dua minggu pertama tiada masalah.

'Tetapi selepas tempoh itu, masalah timbul.

'Kulit pada zakarnya mula gugur dengan banyak.'

Dr Peh menambah bahawa si pesakit mula datang mendapatkan rawatan selepas keadaannya menjadi semakin serius.

'Akibatnya, pakar kulit terpaksa datang memberikan rawatan iaitu mengambil kulit daripada kakinya dan menampalnya pada batang kemaluannya,' jelas Dr Peh.

Tidak diketahui apa yang terjadi selepas lelaki itu menerima rawatan yang diperlukan, tetapi yang pasti beliau bukan seorang.

Secara keseluruhan, menurut Dr Peh, beliau melihat masalah yang menjejas bahagian zakar akibat pembedahan yang tidak dilakukan dengan baik menjejas kaum Adam yang berusia antara 40-an dengan 50-an tahun.

Implan zakar

Mengenai prosedur implan ke atas zakar, Dr Peh berkata sejauh ini golongan mereka yang menjalaninya adalah mereka yang berusia 29 hingga 60 tahun.

'Boleh dikatakan mereka yang meminta untuk menjalaninya merupakan mereka yang telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah ereksi.

'Dan prosedur implan adalah langkah terakhir buat mereka,' jelasnya.

Beliau anggarkan prosedur implan berharga sekitar $35,000.

Sejauh ini Dr Peh anggarkan beliau hanya melakukan sebanyak lima kes serupa sepanjang 13 tahun menceburi bidang itu.

Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(You may use BBCode tags)