Aku Cinta Dia Sayang - Cerpen

Posted by Mrbelia on 08:22 AM, 26-Oct-11  •  Under: Novel Cerpen Sajak


Adelia menyusun kepingan gambar ke dalam kotak-kotak yang tersedia.Kemudian,lantai yang berhabuk itu dimop dan disapu.Selesai tugas menyapu,dia membuka suis penghawa dingin lalu mengambil tempat di sofa.Beberapa kepingan gambar belum dimasukkan ke dalam kotak,lalu dicapai.Senyuman terukir di bibir.

“Our life,” katanya perlahan sambil jari telunjuknya menyentuh muka di dalam gambar tersebut.Gambarnya bersama dengan sahabat merangkap bosnya.

“Our?,” bisiknya lagi,kali ini dengan nada sinis.Kemudian dia tersengih,kepingan gambar tersebut dimasukkan ke dalam kotak.

Irsyad menyusun fail-fail kontrak.Sambil itu,matanya sempat lagi memandang gambar di dalam frame.Gambarnya bersama sahabatnya merangkap pekerjanya.Pantas dia mencapai frame tersebut.

“Kau milik aku,” kata Irsyad.Ingin sekali dia mencium gambar gadis itu,mengingatkan bahawa biliknya itu berdinding cermin kaca yang boleh dilihat orang luar jadi dia membatalkan sahaja niatnya itu.

Dia menggeleng kepalanya perlahan lalu memandang ke arah luar dari bilik pejabatnya.Adelia sedang menyusun kepingan gambar buat dia senyum sendiri.

Adelia merasa ada seseorang memerhatinya,lantas kepalanya dipusing 90 darjah untuk memandang ke dalam bilik Irsyad.Buat seketika,mata mereka bertembung dan masing-masing membalas senyuman itu.

Mereka sama-sama bekerja di Shark Studio Photo.Studio milik Irsyad.Tugasan mereka disitu hanya mengambil gambar dan menerima tempahan gabar.Al-maklumlah,jurugambar.

“Adel!!,” panggil satu suara.Adelia berpaling.

“Hah,ada apa?,” soal Adelia kepada kawan sekerjanya,Hani.

“Kau kemas ke kau buat apa?,” soal Hani dengan sinis.Adelia terkedu.

“Kau,..nampak apa aku buat?,” soal Adelia ingin kepastian.Hani tersengih.

“Aku jaga kaunter ni takkan tak nampak apa kau buat,” jawab Hani.Adelia tertunduk,malu!

Hubungan Adelia dan Hani memang rapat.Hubungan mereka terjalin apabila Hani memohon kerja di Shark Photo Studio.Waktu itu,hanya Adelia dan Irsyad yang menguruskan studio ini.Sekarang,studio ini mempunyai 3 orang pekerja termasuk Adelia,iaitu Hani dan Helmi.Helmi pula kerja sementara aja di sini.Sekadar membantu isterinya di kedai itu.Siapa lagi kalau bukan Hani.

Helmi dan Hani dah lama berkahwin,masa zaman university lagi.Dan mereka sudah dikurniakan seorang anak yang kini berusia 4 tahun.Usia Hani sama dengan usia Adelia.Mungkin jodoh Adelia belum sampai pada usia 25 tahun.

“Morning you all!,” Kata Helmi tiba-tiba.Hani hanya tersenyum melihat suaminya yang memegang plastic berwarna putih.

“Aiik,kau tak kerja ke hari ini,Mi?,” soal Adelia pelik.Biasanya,Helmi akan bekerja di studio ini pada hari Sabtu dan Ahad.Kadang-kadang,lepas balik dari pejabat,dia akan datang ke studio ini.

“Tak,sebenarnya office aku ada buat family day hujung minggu ni.Jadi,aku pun minta cuti hari ini.Nak pergi shopping sekejap,” jawab Helmi.Adelia hanya menggagguk kepalanya.

“Haa,ni apa pulak?,” soal Adelia sambil menunding jarinya pada plastic yang berada pada tangan Helmi.

“Oh,aku bawakkan breakfast untuk wife aku.Untuk kau dengan Syad pun ada juga.Meh ar join sekali,” kata Helmi lalu melangkah menuju ke sofa.Meja kopi yang penuh dengan kotak-kota disuruh Adelia alihkan.Adelia hanya akur.

“You all makanlah dulu,aku ke dapur kejap.Buat air.Hmm,you all nak makan apa?Eh,sorry sorry.Nak minum apa?,” soal Adelia sebelum berlalu ke dapur.Helmi dan Hani seperti memikirkan air apa yang ingin diminum.

“Macam biasalah,” jawab Hani.Helmi pula hanya mengangguk kepalanya.Adelia hanya tersenyum lalu berlalu ke dapur.Sebelum melangkah ke dapur,sempat pula dia menjeling ke arah Irsyad yang sedang membaiki kamera Nikonnya di dalam bilik pejabat.Tak habis-habis dengan kamera!

Adelia menatang dulang yang berisi 4 biji cawan dan 1 teko.Hani segera menyambut dulang tersebut lalu menyuruh Adelia memanggil Irsyad supaya bersarapan sama-sama.Adelia hanya akur.

Tok!Tok!Tok!

“Masuk je lah,” arah Irsyad dari dalam.Adelia tersengih-sengih lalu membuka pintu.Irsyad dan Adelia saling berpandang buat Adelia rasa berdebar untuk berhadapan dengan sahabatnya itu.Irsyad pula masih lagi dengan sikap selambanya,walaupun dalam hati juga berdebar-debar.

“Ek,jomlah makan.Helmi datang,bawa nasi lemak untuk kita.Kau dah makan belum pagi ni?,” soal Adelia lalu mendekati Irsyad.

“Eh,bagus juga tu.Aku belum makan lagi.Kau dah makan belum?,” soal Irsyad pula.

“Belum juga.Jomlah makan,diorang dah tunggu kita.Nak makan sama-sama katanya,” balas Adelia.Irsyad hanya mengangguk kepalanya.Tapi dia langsung tak bergerak.

“Eh,kau nak makan ke tak ni?Asyik dengan kamera kau tu je.Yang dah rosak tu,sudah-sudahlah,” kata Adelia lagi.Irsyad mengangkat wajah,muka series dipamirkan pada Adelia.Adelia gigit bibir bawah,pantang orang cakap kamera rosak,mesti buat muka series.

“Ek,sorry.Hehe,jomlah makan.Susah sangat nak ajak kau makan!,” desak Adelia.Irsyad mencebik lalu menyimpan semula kamera Nikonnya itu.Lalu masing-masing bergerak ke meja hadapan untuk menikmati sarapan pagi bersama-sama.

Masing-masing bersandar pada kerusi.Sedap sungguh nasib lemak yang dibawa oleh Helmi ini.

“Eergggh!,” terkejut beruk Irsyad dibuatnya mendengar Adelia yang sendawa kuat.

“Pengotorlah kau ni,” marah Irsyad sambil menutup hidungnya.Adelia hanya selamba dengan mengesat tisu ke mulutnya.

“It normallah Syad,macamlah kau tak pernah sendawa depan orang ramai,” balas Adelia selamba.

“Aah,macamlah aku tak rajin dengar kau sendawa.Kau sendawa lagi kuat dari Adel tahu tak,” balas Hani pula.Irsyad mencebik.

“Lainlah,dia lelaki dan aku perempuan,” kata Irsyad dengan tegas.Adelia terkedu.Hani dan Helmi terkebil-kebil.Irsyad kepelikan.

“Kau perempuan Syad?,” soal Helmi lalu ketawa sakan dengan Hani.Adelia masih lagi terkedu.

“Ek,aku cakap macam tu ek?,” soal Irsyad sambil menggaru kulit kepalanya.

“Senget,kau cakap aku lelaki?Pe mende lah kau ni!,” marah Adelia pula.Helmi dan Hani makin galak ketawa.Irsyad tersengih-sengih.

“Haa,Helmi!Kau datang sini pagi-pagi tak kerja ke?,” soal Irsyad sengaja mengubah topic.Tapi perasaan ingin tahu kenapa Helmi datang ke studionya itu turut ada dalam fikirannya.

“Macam ni,aku nak minta izin kau.Nak bawak wife aku ni pergi keliling KL ni.Aku nak shopping,” jawab Helmi.Terangkat kening Irsyad.

“Kenapa pulak shopping hari kerja macam ni?,” soal Irsyad lagi.

“Emm,office aku ada buat family day.So,aku nak belilah sikit barang-barang untuk family day tu,” jawab Helmi lagi.Irsyad mengangguk kepalanya.

“Anak korang pergi tak?,” soal Adelia tiba-tiba.Helmi dan Hani saling berpandang,kemudian dengan rasa rendah diri dan malu serta tertunduk-tunduk mereka menggeleng perlahan.

“Hah!Habis,korang nak campak mana anak korang tu?,” soal Adelia dengan geram.Anak mereka yang comel tu tak nak bawak?

“Bukan macam tu.Kau ni tak fahamlah,aku nak juga berhoneymoon dengan Hani.Dah lama aku tak berdua dengan Hani.Kan sayang?,” kata Helmi minta persetujuan daripada Hani.Hani hanya mengangguk kepalanya.

“Habis,korang nak bagi siapa anak korang tu?,” soal Adelia lagi.

“Eh,berapa hari korang family day?,” soal Irsyad pula.

“Dalam 4 hari 3 malam.Ala,korangkan ada.Korang jaga eh?,” jawab Helmi.

“Kami jaga dia?,” soal Adelia dan Irsyad hampir serentak.Helmi dan Hani mengangguk kepalanya perlahan-lahan.

“Bolehlah,..bolehlah ek,..,” rayu Helmi tiba-tiba.Adelia terkedu,Irsyad ketap bibir.Seketika kemudian,suasana menjadi sepi dan sunyi serta senyap je.

******

“Kau jaga dia baik-baik tau.Aku percayakan korang berdua je,” pesan Helmi.

“Ish kau ni,cerewet betullah.Kenapa kau tak suruh mak kau ke,mak mentua kau ke jaga si Amy ni?,” omel Adelia.Helmi dan Hani tersengih.

“Korang macam tak kenal mak dan mama aku tu,mesti kena bebel.Dan confirm diorang suruh aku dan Hani bawak juga si Amy ni,” balas Helmi.Adelia mencebik.

“Ada anak tak bersyukur,tak ada anak….” Meleret suara Adelia pada ayat terakhirnya.Belum sempat Adelia menghabiskan ayat terakhirnya yang tergantung,Irsyad segera berdehem.

“Tak apalah,korang pergi je.Kalau si Adel ni tak nak jaga,aku ada dan aku akan jaga Amy comel ni,” sambung Irsyad.Kali ini baru bersemangat Helmi dan Hani ingin pergi bercuti.

Semasa Helmi dan Hani menaiki bas,anak mereka memandang sayu pada bas tersebut.Irsyad dan Adelia bingun macam mana nak buat si budak bernama Amy Camellia.Irsyad menyiku lengan Adelia di sebelah.Adelia mendongak sedikit.

“Hah,kenapa?,” soal Adelia.

“Tu,macam mana?,” soal Irsyad.Adelia buat muka kesian.

“Olo olo olo,kau kan yang rajin sangat nak jaga Amy.Kau tahulah nak buat macam manakan.Dah,jom!Balik studio,” kata Adelia lalu melangkah ingin meninggalkan stesen bas tersebut.

“Eh,nanti!Budak ni macam mana?,” soal Irsyad dengan bingung.Adelia menepuk dahi.

“Berapa ramai aku punya kawan yang bongok ni aku pun tak tahu.Yang pasti,kau memang tergolong dalam kalangan orang-orang atau sahabat aku yang bongok.Kau fikirlah pendek-pendek lagi,inilah jadinya.Angkatlah budak tu buat masuk dalam kereta.Bawa pergi studio.Kita jaga sama-sama itu budak.Ada faham cik Irsyad Syakirin?,” bebel Adelia.Irsyad mencebik.Adelia memeluk tubuh sambil melihat Irsyad berjalan mendekati Amy yang masih melambai tangannya ke arah jalan raya.

“Amy,ikut uncle pergi studio uncle,” kata Irsyad.Amy menjatuhkan tangannya lalu memandang muka Irsyad.Bibirnya menjuih keluar seperti ingin menangis dan,..

“Uncle!,” lantas Amy memeluk tubuh sasa Irsyad dengan tersedu-sedan menangis dibahu Irsyad.Irsyad terkaku.Adelia yang melihat drama tersebut terkejut,pantas dia mendekati Amy dan Irsyad.

“Kenapa ni Syad?,” soal Adelia dengan cemas sambil menggosok belakang Amy dengan perlahan.Irsyad menjongket bahunya.

“Tak tahu,tiba-tiba peluk aku,” jawab Irsyad.Adelia ketap bibir.

“Eh,kau ni takkan tak pandai pujuk kut.Kau pujuklah dia,suruh dia masuk dalam kereta,” kata Adelia.Irsyad mengangguk kepalanya lalu mencuba nasib.

Irsyad memang pandai memujuk orang.Dan Adelia mengakui itu.Pernah satu hari ketika di university,Adelia ditinggal sahabat yang lain ketika menyertai perkhemahan,waktu itu waktu malam.Menangis tersesak-esak Adelia kerana takut dalam gelap.Mujur Irsyad dan beberapa orang sahabatnya adalah kumpulan terakhir yang berada di belakang.Dan Irsyad yang memujuk Adelia ketika itu sehingga kini Adelia berasa tenang berada di samping Irsyad.

“Amy tahu tak,aunty tak suka tengok orang nangis depan aunty,” kata Adelia ketika mereka semua sudah berada di dalam kereta.Pandai juga Irsyad memujuk Amy.

“Sorry aunty,tapi Amy rindu mama dan papa.Amy nak jumpe mama dan papa.Mama dan papa Amy dah tak cayang Amy lagi,” kata Amy dan kesudahannya tangisannya semakin menjadi.Adelia mengeluh perlahan.Irsyad yang sedang memandu menggeleng kepalanya.

“Kau ni,kata pandai nasihatkan orang,” kata Irsyad tiba-tiba sambil tersenyum.Adelia memicit kepalanya sambil memikirkan cara untuk mengurangkan tangisan Amy.

“Amy,..Amy nak jumpa mama dan papa Amy tak?,” soal Adelia.Amy menggosok hidungnya yang berair.

“Nak,” jawabnya perlahan.Adelia tersenyum nipis.

“Kalau macam tu,Amy tak boleh nangis macam ni lagi.Amy kena kuat.Nanti mama dan papa tak boleh nak bagi Amy adik baru.Amy nak adik baru tak?,” soal Adelia lagi.Irsyad yang mendengar pertanyaan Adelia tersenyum sambil menggeleng kepalanya perlahan.

“Mama dan papa nak bagi Amy adik baru ke?,” soal Amy dalam pelatnya.Adelia tersenyum apabila Amy kelihatan ceria berbanding tadi.

“InsyaAllah,sebab tu Amy kena banyak berdoa untuk mama dan papa.Amy pun jangan sedih lagi tau,” pesan Adelia.Amy mengangguk kepalanya berkali-kali.

“Nah,ini coklat untuk Amy.Kalau Amy tak nangis lagi,aunty bagi banyak lagi,” ujar Adelia alu menghulurkan sebatang coklat lollypop yang ada di dalam beg sandangnya.Amy mengambil lalu mengucap terima kasih.

“Nanti,jangan lupa gosok gigi,” tambah Irsyad.Amy hanya diam.

“Bukan kau tak suka budak-budak ke?,” soal Irsyad.Adelia menjongketkan bahunya.

“Entah,Allah dah buka hati aku untuk terima insan bernama budak-budak kut dalam diri aku ni,” jawab Adelia dengan bangga.Dia sendiri berasa tenang ketika bersama dengan Amy.

“Baguslah.Bolehlah dia tidur rumah kau malam ni,” kata Irsyad.Adelia tepuk dahi.

“Malam ni macam mana?Takkan aku nak bawa balik rumah aku.Bahaya wo,mak dan ayah aku ada kat rumah tu,” kata Adelia dengan cemas.Irsyad garu kepalanya.

“Ek,rumah aku pun ada mak dan ayah aku,” balas Irsyad pula.Giliran Adelia pula garu kepalanya yang bertudung.Kemudian,masing-masing mengeluh perlahan.Amy dibelakang terkebil-kebil memandang makcik dan pakciknya itu.

“Uncle dan aunty macam ada masalah je,” kata Amy tiba-tiba.Adelia hanya diam.Irsyad turut diam.Akhirnya,Amy turut diam dan masing-masing hanya berdiam.

*****

Adelia pulang ke rumahnya sebentar untuk memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia tak tidur rumah pada malam tersebut.Sempat juga dia mengambil beberapa helai pakaian.Irsyad dah tempah bilik hotel untuk Amy dan Irsyad menyuruh Adelia dan Amy tidur di situ.Adelia hanya bersetuju kerana dia risau juga akan Amy.

“Ini kunci bilik hotel ni.Kau carilah,aku lupa tingkat berapa bilik kau ni,” kata Irsyad lalu menghulurkan kunci bilik.Amy dibelakang sudah lena tidur.Al-maklumlah,dah pukul 9 malam.

“Thanks,esok kau jangan lupa datang jemput aku tau.Kalau kau lambat jemput aku esok,lain kali aku naik dengan kereta aku sendiri,” pesan Adelia.Irsyad hanya mengangguk kepalanya.

Memang Irsyad selalu menjemput Adelia pergi kerja.Alasannya supaya dia sentiasa bersama Adelia.Adelia pula hanya bersetuju,kalau ibu bapanya soal akan peristiwa itu,jawapannya hanya satu.’Jimat sikit minyak kereta’.Tapi dalam hati niat lain,supaya dia dapat bersama dengan Irsyad.

“Kau nak aku bantu kau tak ni?,” soal Irsyad apabila melihat tubuh Amy yang sedikit tembam dan agak sukar untuk didukung oleh Adelia.

“Hmm,kau tolong angkat Amy ni je lah,” kata Adelia.Irsyad lantas keluar dari perut kereta.

Adelia dan Irsyad yang sedang mendukung Amy bersama-sama masuk ke hotel tersebut.Hotel yang tingginya 18 tingkat.Mahal gila bayarannya untuk 3 malam,tapi mujurlah Irsyad ni agak berada orangnya.Biasalah,pemilik studio katakan.

Mereka kelihatan sepadan sebagai suami isteri.Arrgh,memang sepadan.Bagai timun cina dibelah empat.Tanpa mereka sedari bahawa mereka diperhati oleh seseorang dari jauh.

Sesampai dibilik,Irsyad terus meninggalkan bilik tersebut selepas meletakkan Amy ke atas katil.Risau juga bila orang memandang ke arah mereka.Belum berkahwin tetapi dah ada anak seusia 4 tahun.Pelik..

*****

“Good morning to you,good morning to you,good morning to my uncle,also to my aunty,” menyanyi kecil Amy ketika dia berada di dalam studio.Pelanggan yang hadir untuk mengambil gambar yang ditempah tersenyum melihat anak kecil itu.Belum pernah dia melihat anak kecil itu di studio ini.

“Anak siapa tu?,” bisik salah satu pelanggan wanita bernama Zila kepada pelanggan yang lain.

“Entah,tak pernah nampak pun.Cantik semacam je kan,” balas pelanggan yang lain itu bernama Ida.

“Anak siapalah tu kan,kalau anak Encik Irsyad,tak mungkin.Tak ada langsung mirip muka dengan Encik Irsyad,” balas pelanggan itu lagi.

“Itulah,kita tak tahu.Jangan-jangan anak luar nikah tak,..” balas pelanggan satu lagi yang bernama Tina lalu tergelak.Pelanggan yang lain yang mendengar turut ketawa.

“Anak pekerja kat sini kut.Yang tu,yang tengah layan pelanggan sorang lagi tu,” balas Tina pula.

“Kesian betul.Anak luar nikah pun nak ditunjuk-tunjuk,” kata pelanggan Zila pula.Terdengar Adelia yang sedang bercakap dengan seorang pelanggan wanita.

“Eh,mulut tu jaga sikit ek.Siapa anak luar nikah?,” soal Adelia dengan geram.Pelanggan-pelanggan yang mengumpat tadi berbisik-bisik sesama sendiri.

“Eleh,kau tak payah nak berlagak baiklah.Anak luar nikah kalau cantik buat apa,kalau dia hasil daripada hubungan yang tak diredhai Allah,” balas Tina.

“Eh,dia bukan anak luar nikahlah!,” jerit Adelia.Pelanggan itu mencebik.

“Siapa nak mengaku dia terkentut dalam lif?Kau?Tengok muka pun aku dah tahu,harap kepala je ditutup,hati busuk!,” balas Tina lagi.Adelia makin marah.Irsyad yang terdengar bunyi bising tersentak.Adel!!

“Kau blah lah dengan anak luar nikah kau ni,” pekik Tina.Adelia hampir menitis air mata.Irsyad mengucap panjang.

“Puan!Puan tak berhad nak cakap macam tu terhadap pekerja saya,” kata Irsyad dengan suara yang lantang.

“Pekerja macam ini encik simpan?Pekerja yang dah lahir anak luar nikah!,” kata Tina dengan beraninya.

“Puan ada bukti?Puan jangan nak kecoh dekat studio saya.Kalau puan dah selesai,sila keluar dari sini,” marah Irsyad.Pelanggan itu mencebik lalu menarik lengan kawan-kawannya keluar dari studio tersebut.Tinggal beberapa orang pelanggan sahaja yang berada di dalam studio tersebut.Adelia menjatuhkan air matanya untuk pertama kalinya di dalam studio ini.Lantas kakinya mendekati Amy,Amy dipeluk sereta-eratnya.

“Aunty kenapa nangis?,” soal Amy dengan pelik.Adelia tidak menjawab,malah dieratkan lagi pelukan itu.

“Aunty jangan nangis,Amykan ada.Aunty boleh kawan dengan Amy kalau aunty nak.Aunty jangan nagis tau,” pujuk Amy.Adelia melepaskan pelukan tersebut.

“Tak.Aunty tak nangis dah.Auntykan kawan Amy,” kata Adelia sambil cuba menahan daripada air mata keluar.Irsyad yang melihat berasa simpati.Dia mengeluh perlahan.

*****

Kini sudah sehari berlalu.Bermati-matian Irsyad mengembalikan semangat Adelia untuk menjaga Amy.Entah kenapa,seja dikatakan Adelia melahirkan anak luar nikah,dia tawar hati untuk menjaga Amy.Tapi kerana kesabaran Irsyad memujuk Adelia,Adelia terus menjaga Amy.

Klik!Klik!

“Adel,kau gerak tepi sikit,” arah Irsyad.Adelia membetulkan gayanya bersama Amy dihadapannya.

Klik!Klik!

“Syad,dah la tu.Aku penat ni,” kata Adelia.Irsyad menjatuhkan kemera Nikonnya dari melekat dimata.

“Ok,kita rehat dulu,” kata Irsyad.Mereka bertiga bergerak pada bangku.Pantas Adelia mencapai air minuman dan diteguk dengan rakusnya.Amy pula minum air kotak Dutch Lady.

“Macam mana gambar tadi.Ok tak?,” sola Adelia.Irsyad yang sedang teliti melihat gambar-gambar didalam kamera tersebut mengangguk kepala.

“Nice!Cantik.Korang memang sepadan.Macam ibu dan anaknya pulak,” komen Irsyad.

“Kalau kita ambil gambar sama-sama,mesti nampak macam satu keluargakan?,” kata Adelia pula sambil tersenyum ceria.Irsyad tersengih.

“Jangan nak perasan,siapa nak kawin dengan kau?,” balas Irsyad lalu tergelak.Mati senyuman Adelia.Irsyad yang melihat perubahan Adelia,terus menghentikan tawanya.Sengaja dia buat tak pandang wajah Adelia.

“Aunty,jom main papan gelonsor,” ajak Amy lalu menarik lengan Adelia untuk beredar dari situ.Adelia hanya mengekori dari belakang.Irsyad pula serba salah.Niatnya ingin bergurau,tapi tak sangka lain jadinya.Pantas dia mengekori Adelia dan Amy.

“Kau marahkan aku?,” soal Irsyad ketika Amy sudah memanjat tangga untuk bermain papan gelongsor.

“Marah?Sebab apa?,” soal Adelia pula pura-pura tak tahu.

“Ek,..” Irsyad menggaru kulit kepalanya.Adelia tersenyum kelat lalu tunduk bermain jari-jemarinya.

“Aku tak marah pun.Memang kau dan aku tak ada jodoh.Aku pun tak harap sangat kau jadi suami aku.Kau tu asyik dengan isteri kat leher kau tu je,” kata Adelia sambil jarinya menunding pada kamera yang tergantung dileher Irsyad.Irsyad memandang lehernya.

“Eh,ni bukan wife aku.Ini tunang aku,” kata Irsyad selamba sambil membelai kameranya macam membelai seekor kucing.

“Eleh!Perasan,kau ingat dia nak sangat jadi tunang kau.Week,kalau dia boleh bercakap,mesit kata macam ni.Kau dengar tau!’Aku tak suka kau,dan aku nak kau lepaskan aku dari leherkau ni’.Haa,amacam.Mesti kau frust gila bila dia kata macam tu,” kata Adelia lalu tergelak apabila melihat wajah kelat Irsyad.

“Sampai hati kau,..” Irsyad menjuihkan bibirnya.

“Olo,kau nak nangis ke?Kesiannya.Tolong!Ada orang nak nangis!,” jerit Adelia tiba-tiba.Terkejut beruk Irsyad yang medengar jeritan spontan sahabatnya itu.Orang yang berada di taman permainan tersebut sudah memandang ke arahnya.

“Kau ni,buat malu aku betullah!,” omel Irsyad perlahan.Adelia dah terduduk sambil menekan perutnya.Tak tahan!

“Tak tahan!Aku tak tahan tengok muka kau tu,Syad!!,” kata Adelia dalam gelak ketawanya.

“Eh,bangunlah!Tak malu ke orang tengok,” arah Irsyad.Adelia masih lagi menggila dengan hilaian ketawanya.

“Uncle,aunty ni kenapa?,” soal Amy tiba-tiba.Irsyad garu kepala.

“Am,tolong aunty Am.Uncle Syad dah buat aunty gila!,” kata Adelia lagi.Amy yang mendengar kata-kata Adelia melopong.Pantas dia mencekak pinggang lalu memandang Irsyad dengan renungan tajam.Irsyad teguk air liur.

“Apa uncle dah buat pada aunty Amy?Uncle nak Amy marah uncle tak?,” kata Amy dengan berani.Adelia yang melihat muka bengang Irsyad makin menggila ketawa.

“Del,dahlah tu.Kau tak kesiankan aku ke?Eh,kau tak dengar ke cerita Helmi dan Hani sebelum ini?Kalau Amy mengamuk,habis semua dia tarik.Nanti dia tarik rambut aku macam mana,tapi kalau tarik rambut taka pa.Boleh panjang sikit,kalai dia tarik tunang aku ni macam mana?,” kata Irsyad dalam nada merayu.Adelia berdiri lalu menarik nafas panjang-panjang.

“Dia tarik tunang kau tak apa,boleh rawat lagi.Aku takut dia tarik seluar kau.Mampus!,” Adelia ketawa lagi.Irsyad bengang!Dipandang Amy yang merenung tajam ke arahnya.

“Del!Sudahlah!,” marah Irsyad,tapi ia langsung tak berkesan pada Adelia.

“Amy,Amy nak buat apa pada uncle kalau dia buat aunty jadi gila?,” soal Adelia,sambil cuba tahan gelak.

“Kita buatlah dia jadi gila jugak,barulah adil namanya,” jawab Amy.

“Macam mana nak buat dia jadi gila?,” soal Amy sambil menggigit jarinya.Adelia tersenyum senget lalu merapati Amy.

“Amy suruh dia duduk,lepas tu pejam mata.Masa tu,Amy terus ambil kamera dekat leher uncle tu,” bisik Adelia.Amy tersenyum lalu membuat tanda thumb up.

“Uncle!Duduk!,” arah Amy.Irsyad hanya akur dengan bibir terkumat-kamit berdoa supaya Amy tak tarik seluarnya.

“Pejam mata!,” arah Amy lagi.Irsyad menutup matanya perlahan-lahan.Amy tersenyum lalu memandang Adelia.Adelia menjongketkan keningnya.

“Aunty buatlah!,” bisiknya perlahan walaupun bisikannya itu didengari oleh Irsyad.Irsyad cuak.Mampuh,Adel nak tarik seluar aku?Bisiknya dalam hati.Adelia merapatkan tubuh pada Irsyad.Wangian yang dipakai olej Adelia menusuk masuk ke rongga hidung Irsyad.

“Uncle jangan buka mata!,” marah Amy.Adelia perlahan-lahan mengambil kamera Nikon dileher Irsyad.Dan Irsyad langsung tak sedar akan kelakukan itu.Adelia tersenyum jahat lalu memasukkan kamera tersebut ke dalam beg sandangnya.

“Aunty,jom makan ais krim,” ajak Amy dengan suara yang lantang.Adelia memimpin tangan Amy untuk pergi ke gerai ais krim.Irsyad berkerut dahi lalu mencelik matanya.

“Eh,Adel,Amy!Tunggu!,” jeritnya dari belakang.Amy dan Adelia sekali buat tanda thumb up.

*****

Adelia mengucup dahi Amy yang sudah terlena dibuai mimpi.Kemudian dia teringat pada kamera yang dicuri dalam diam-diam.Dengan senyuman di bibir,dia melangkah mendekati meja lalu beg sandang diambil.Sebuah kamera yang disayangi,dijaga,dicintai,dibelai oleh Irsyad dikeluarkan dari beg tersebut.Butang ‘on’ ditekan untuk melihat gambar-gambar yang terkumpul di dalam kamera tersebut.

“Nice!,” omelnya perlahan.Dia melihat lagi gambar-gambar yang diambil pada petang tadi.Tiba-tiba jarinya berhenti menekan punat pada kamera itu.Mulutnya ditekup dengan tangan kirnya.

“Perfect!,” bisiknya perlahan.Gambarnya bersama Irsyad ditatap lama.Irsyad yang buat gaya macho,manakala dia buat gaya ayu.Senyuman teruja terukir dibibirnya.Punat pada kamera ditekan lagi.Sekali lagi mulutnya ditekup.

“It’s me!,” katanya.Gambarnya ketika menyusun gambar-gambar ditatap lama.

“Bila masa dia ambil gambar aku?,” soalnya perlahan.Kepala digeleng perlahan.Banyak lagi gambarnya berada di dalam kamera tersebut.Gambarnya bersama Irsyad turut ada.Yang pelik,gambar itu sudah lama berada di kamera tersebut dan Irsyad langsung tak padam gambar-gambar tersebut.Tarikh 21 Januari 2011 terletak pada kepingan gambarnya bersama Irsyad semasa di kedai kamera.Tarikh mereka ketika pertama kali bergambar mengguna kamera yang baru dibeli pada hari tersebut.

“Dia sukakan aku juga?,” soalnya perlahan.Tapi,..

“Jangan nak perasan,siapa nak kawin dengan kau?,” suara Irsyad bergema dimindanya.Adelia memejam matanya serapat-rapat yang mungkin.

“Siapa nak kawin dengan kau?,” suara itu muncul lagi.Adelia menggeleng kepalanya.

“Ya!Irsyad mana cintakan aku.Dia cuma cintakan kamera ini!,” katanya.Adelia mengeluh perlahan.Dia menyimpan kamera tersebut di atas meja lalu melangkah menuju ke katil untuk berehat.Jam menunjukkan pukul 12 malam.

Lagi Kenangan Terindah nyanyian daripada kumpulan Samsoms bergema didalam bilik hotel.Adelia tersentak.Baru matanya ingin terlelap,telefon sudah berbunyi.Pantas Adelia mencapai telefon tersebut lalu menjawab panggilan tersebut,takut Amy yang lena itu terjaga.

“Hello,” perlahan sahaja suara Adelia.

“Hello!Adel,kau kena tolong aku!,” pekik Irsyad disebelah talian.Terkejut beruk Adelia.

“Hoi,pe hal kau jerit-jerit ni?,” soal Adelia dalam nada geram.

“Tunang aku,..maksud aku,kamera aku hilang!,” jerit Irsyad.Adelia terkedu.

“Eh,bukan aku..” Adelia tidak jadi berkata-kata.Hehe,tiba masanya untuk mengenakan Irsyad.

“Eh,bukan kau bawa selalu ke?Leher kau dah ceraikan tunang kau ke?,” soal Adelia dengan nada cemas,atau nada sengaja dicemaskan.

“Mana ada!Aku memang selalu bawa.Eh,tolong aku,Del.Kamera tu penting bagi aku,” kata Irsyad dengan nada sedihnya.Adelia gigit bibir.

“Penting pe mendenya?Cuma ada gambar kau je kan,dan gambar orang yang buat tempahan dengan kau.Takkan kau tak copy lagi dalam computer kau,” balas Adelia.

“Tak,dalam kamera tu ada gambar orang yang aku sayang,” jawab Irsyad pula.Adelia terkedu.

“Gambar orang yang kau sayang?Mak dan ayah kau ke?,” soal Adelia.Sedangkan dia tahu,Cuma ada gambar dia dan Irsyad sahaja di dalam kamera tersebut.Gambar Amy turut ada,tapi Amy memang dia sayang.

“Tak.Mak dan ayah aku semestinya.Tapi ni,dari dulu lagi aku kumpul gambar dia dalam tu.Aku tak copy pun dalam mana-mana computer.Macam mana ni Del?,” soal Irsyad lagi.Adelia garu kepala.Takkan dia sayangkan Amy kut kalau dari dulu dia simpan gambar.Cuma gambar aku dan Irsyad aje yang ada dalam kamera tu sejak pertama kali beli.Omel Adelia dalam hati.

“Takkan dia sayangkan diri dia sendiri kut,” bisiknya perlahan.

“Eh,gambar siapa dalam tu?Siapa orang yang kau sayang?,” soal Adelia ingin tahu.

“Ala,gambar perempuan semestinya.Kau tak payah tahulah.Eh,kau tolong cari kamera tu ek.Aku perlu sangat bantuan kau,” rayu Irsyad.

“Ok!InsyaAllah,aku bantu kau.Dah la,aku nak tidur.Esok jumpa!Assalamualaikum,” pantas Adelia mematikan panggilan,belum sempat Irsyad menjawab salamnya.

Tubuhnya dihempas ke katil.Lengannya di letak di atas dahi.Perempuan?Itukan aku.Sayang?Dia sayangkan aku?Mungkin sebagai seorang sahabat.Mybe!Bisiknya dalam hati.Seketika kemudian,metanya perlahan-lahan tertutup.Argh!Mimpi indah Adelia.

*****

Hari ini Helmi dan Hani akan pulang.Bearti,Amy akan pulang semula pada pangkuan Helmi dan Hani.Namun,hari ini adalah hari malang buat Irsyad dan Adelia.Entah kenapa,Puan Azizah dan Encik Hadi iaitu ibu bapa Adelia dan Puan Karisma dan Encik Azman iaitu ibu bapa Irsyad datang menyerang mereka di Shark Studio Photo.Mujur waktu itu tiada siapa yang berada di dalam studio tersebut,hanya ada mereka berdua.Helmi dan Hani pun diberi cuti untuk berehat.

“Ini apa?,” meninggi suara Encik Hadi sambil melemparkan kepingan gambar di atas meja kopi.Tersentak Adelia dan Irsyad.

“Ini kerja Adel ya.Mati-mati ibu percaya yang Adel pergi tidur rumah kawan.Rupa-rupanya,…” Kata Puan Azizah tersekat disitu.Tidak sanggup dia menhabiskan ayat tersebut.

“Ibu,ibu jangan salah faham.Itu tak seperti yang ibu dan ayah sangkakan,” kata Adelia.

“Ini apa?Bukti pun Adel nak kata jangan salah faham?Macam tu?,” tengking Encik Hadi.Mengucap panjang Adelia.

“Syad,papa ingat Syad keluar jumpa kawan.Rupanya jumpa perempuan depan hotel.Sekarang mengaku,siapa budak ni?Anak Syad ke?,” soal Encik Azman pula.Juga dengan suara yang lantang.

“Bukan!,” jawab Adelia dan Irsyad serentak.

“Tak nak mengaku!,” kata Puan Karisma dengan sinis.

“Mama,betul.Itu bukan anak kami.Kami tak pernah pun berkahwin secara senyap-senyap,” potong Irsyad.

“Korang berdua ingat,kalau tak kahwin tak dapat anak?,” soal Puan Azizah pula.Adelia dan Irsyad tertunduk.

“Tapi kami tak ada apa-apa hubungan pun,Cuma sahabat.Ibu pun tahukan Adel rapat mana dengan Irsyad.Aunty,auntykan tahu saya dengan Irsyad macam abang dan adik.Tak lebih macam tu,” kata Adelia dalam nada merayu.

“Korang memang sahabat baik,tapi korang dah mencemarkan nama baik kami sebagai ibu bapa korang.Korang turut mecemarkan nama baik korang.Korang tak malu ke?,” soal Puan Karisma.

“Tapi kami tak buat salah mama,aunty,papa,uncle,” kata Irsyad.

“Papa tak kira,papa nak Irsyad bertanggungjawab,” kata Encik Azman.Irsyad dan Adelia saling berpandangan.

“Tanggunjawab kenapa?,” soal Irsyad.

“Papa nak Irsyad berkahwin dengan Adelia.Kami dah berbincang dan kami setuju.Cuma tunggu kata putus dari mulut korang je,” kata Encik Azman lagi.Melopong mulut Irsyad dan Adelia saat mendengar kata putus daripada Encik Azman.

ADELIA mengeluh perlahan.Sekarang dia sah menjadi tunang kepada Irsyad.Rasa ingin sahaja putarkan masa untuk ke masa silam.Kalau boleh,pasti dia dan Irsyad mati-matian membela diri.Cerita sebenar sudah diketahui oleh mereka sendiri.

Ini semua rancangan jahat Helmi dan Hani.Mereka yang sengaja mereka cerita yang mereka akan menyertai aktiviti hari keluarga lalu menyuruh mereka menjaga Amy.Kalau mereka tahu ini salah satu rancangan mereka,mereka tak akan jaga Amy.

Kemudian,dia memberitahu Puan Karisma,Encik Azman,Puan Azizah dan Encik Hadi supaya mereka tidak menerima anak kecil tinggal dirumah mereka.Ibu bapa Adelia dan Irsyad hanya setuju.Mereka pun ingin sekali Irsyad dan Adelia bertemu jodoh.Mereka juga tahu tentang perasaan anak mereka yang mencintai sahabatnya sendiri.Kalau Adelia dan Irsyad tahu ini juga adalah salah satu rancangn Helmi dan Hani,pasti mereka akan membawa pulang Amy.

Seterusnya,rancangan mereka mengambil gambar Adelia dan Irsyad ketika mendukung Amy membawa masuk ke dalam hotel.Dan kalau Adelia dan Irsyad tahu ini rancangan mereka,pasti dia tidak akan membawa Amy tidur di hotel.

Selain itu,tentang Zila,Ida dan Tina turut terlibat dalam rancangan ini.Kalau Adelia tahu,dia tak akan menghabiskan air mata dan Irsyad tak akan susah payah memujuk Adelia lagi.Uh!

Dan sekarang,mereka tahu bahawa mereka akan dikahwinkan pada sebulan dari sekarang.Irsyad takut untuk menerima Adelia,kerana dia takut Adelia tidak menerimanya.Adelia pula takut untuk menerima Irsyad,kerana dia takut Irsyad akan membencinya.Masing-masing belum tahu perasaan masing-masing,jadi ini enjadi kerjaya Helmi dan Hani untuk menyatukan Adelia Ailani dan Irsyad Syakirin.

“Adel,jom pergi makan,” kata Hani lalu mencapai beg tangannya.Adelia yang sedang membaca majalah mengangkat wajah.

“Ok!Jom,” balas Adelia.Hani dan Adelia meninggalkan Shark Studi Photo.Selepas melihat kelibat mereka berdua hilang,Helmi pula mengetuk pintu bilik Irsyad.

“Hmm,kenapa?,” soal Irsyad sambil sibuk meng’edit’ gambar didalam komputer.

“Jomlah makan.Aku dah beli makanan ni,” kata Helmi lalu menunjukkan plastic kepada Irsyad.Irsyad menoleh sebentar.

“Ok,boleh jugak.Perut aku lapar ni,” balas Irsyad.Mereka sama-sama menuju ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk dimakan.

*****

“Kau sayangkan Irsyad?,” soal Hani tiba-tiba.Tersedak Adelia dibuatnya.

“Kenapa kau tanya?,” soal Adelia.Hani tersenyum nipis.

“Saja.Aku tanya,kau sayangkan Irsyad lebih sebagai sahabatkan?,” soal Hani lagi.Adelia mengeluh perlahan.

“Buat apa kalau cinta bertepuk sebelah tangan,” balas Adelia perlahan.

“Eh,tapi kau boleh cuba untuk mendekati dia.Kau kan susah nak putus asa,” kata Hani.

“Tapi masalahnya,aku dengan dia tak ngam.Dia tu asyik dengan kamera dia.Tu pun,aku simpan kamera dia,terus dia beli kamera baru.Mana aku tak ngam dengan dia.Aku dengan dia memang cinta bertepuk sebelah tangan.Aku ini ibarat air dicurah dalam bekas yang birisi minyak penuh,dan dia ibarat minyak disiram air,”kata Adelia lalu meneguk air sirap bandung sejuk dihadapannya.

“Ibarat air dicurah dalam bekas yang birisi minyak penuh,dan dia ibarat minyak disiram air?Maksud?,” Hani minta penjelasan.

“Kau bayangkan aku air,dan dia minyak.Bila aku dekat dengan dia,memang tak boleh bersama.Macam air dicurah ke dalam mangkuk yang birisi minyak.Ada ke air tu bersatu dengan minyak?,” soal Adelia.Hani menggeleng kepala.

“Tapi,walaupun korang tak bersatu,tapi korang tetap berada dalam mangkuk yang sama,” balas Hani pula.Adelia merenung wajah Hani dalam-dalam.

******

“Nak buat macam mana,dia tu macam tak suka je kat aku.Bila aku bergurau pasal kawin je,mesti buat masam je muka,” jawab Irsyad.

“Tapi takkan kau tak ada perasaan cinta kau tu pada Adelia,” balas Helmi lagi.Irsyad hanya mengjongketkan keningnya.

“Kau kena pertahankan cinta kau.Mana tahu dia tu cintakan kau juga.Kita mana tahu perasaan orang,” sambung Helmi lagi.

“Aku tak nak sakitkan hati dia lagi.Aku tahu,kalau dia bercinta dengan aku pun,confirm setiap hari dia membebel menyuruh aku simpan kamera ni.Ini kamera aku ibarat macam jantung aku taw,” kata Irsyad.

“Itulah masalahnya.Kau tu ego,dengan tunang sendiri nak ego.Kau kena tunjukkan kasih sayang kau tu,” kata Helmi dengan penuh semangat.Irsyad termenung seketika.

“Macam mana?,” soalnya.Helmi tersenyum.

******

“Kau buktikan apa-apa pun yang dia suka.Hmm,dia tak suka apa?,” Soal Hani.

“Tak suka dengar aku bebel,” jawab Adelia.

“Haa,kau berhenti membebel dan kau cuma bercakap masa depan kau je.Cakap tentang majlis perkahwinan kau yang tinggal sebulan je lagi,” cadang Hani.Adelia berkerut dahi.

“Boleh ke?,” soalnya seperti tak ada keyakinan.Hani mengangguk kepalanya.Adelia senyum nipis.

*****

“Takkan aku nak berpisah dengan kamera baru aku ni?,” soal Irsyad pelik.Helmi mengangguk kepalanya.

“Kau kalau tak nak kehilangan dia,kau kena mengalah.Kau nak dia jatuh pada tangan orang lain?Sekarang kau cuma fikir pasal majlis perkahwinan kau,” kata Helmi pula.

“Kahwin?Aku kahwin bulan depan dengan kamera aku ek?,” soal Irsyad bodoh.

“Bangang!Kau kahwin dengan tunang kaulah yang bernama Adelia Ailani!!,” marah Helmi.Irsyad tersengih-sengih.

*****

Suasana restoran sunyi sepi.Al-maklumlah,Adelia menyuruh Irsyad mencari tempat yang jauh dari orang ramai.Dan sekarang,mereka sudah berjumpa dengan tempat duduk yang sunyi dan sekarang mereka berhadapan untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.

“Hmm.Kau suka warna apa?,” soal Irsyad.

“Hijau,kau?,” soal Adelia pula.

“Biru.Hmm,ini dah jadi macam politik pulak.Aku takut ada rusuhan dekat majlis kita nanti.Tukar warna lain.Kita ikut warna yang kita tak suka.Warna apa yang paling kau tak suka?,” soal Irsyad dengan muka series.Adelia memikir sejanak.

“Warna hitam.Kau pulak?,” soal Adelia.

“Kuning,” jawab Irsyad sambil mengangguk kepalanya memikirkan tema yang sesuai untuk gabungan warna tersebut.

“Aku rasa tak sesuai.Aku takut nanti tok bomoh datang serang kita.Well,tok bomohkan suka warna hitam dan kuning,takut diorang kata kita ni berubat secara besar-besaran,” kata Adelia.Irsyad berfikir sejanak.

“Ok!Warna lain,…”

“Apa kata kalau kita ikut warna baju yang kita pakai sekarang,” cadang Adelia.Serentak Adelia dan Irsyad tunduk memandang warna baju mereka.

“Oops!Ungu,” kata mereka serentak lalu sama-sama tergelak.

Dan begitulah seterusnya,siap mereka berbincang tentang majlis perkahwinan mereka,mereka terus pulang.Langsung tak ada hati nak luahkan perasaan masing-masing.Masing-masing masih dengan ego yang tinggi mencakar langit.

******

Sebulan sudah berlalu dan kini mereka sudah sah bergelar suami isteri.Majlis perkahwinan mereka sungguh meriah,Helmi dan Hani menjadi jurugambar pada majlis tersebut.Sungguh indah gambar yang diambil.Amy turut hadir,betapa rindunya mereka pada Amy.Kerana Amy mereka bersama,kerana Amy mereka masih ego.Ego!Masing-masing masih malu untuk mengaku perasaan masing-masing.

Dimalamnya,..

“Assalamualaikum,” ucap Adelia lalu menutup pintu bilik mereka.Irsyad yang sudah terbaring di atas katil menjawab salam lalu tersenyum memandang isterinya.

“Hmm,kita nak berbahasakan apa ye?Aku-kau?Saya-awak?Atau,..” belum sempat Adelia menghabiskan ayatnya,Irsyad memotong.

“I think,kita cakap nama ke nama.Amacam?,” cadang Irsyad.Adelia hanya mengangguk kepalanya.

“Hmm,Adel nak bagi something pada Shad.Tapi Shad janji jangan marah taw,” kata Adelia.Irsyad hanya mengangguk kepalanya.Adelia mendekati Irsyad dengan bungkusan hadiah ditangannya.

“Apa ni?,” Soal Irsyad dengan teruja.

“Adel nak tanya dulu,gambar orang yang Shad sayang dalam kamera Shahd yang hilang tu siapa?,” soal Adelia.Irsyad terkedu.

“Adel dah jumpa kamera Shad ke?,” soal Shad dengan teruja.

“Kalau Adel jumpa kenapa?,” soal Adelia pula.

“Shad nak tunjuk gambar orang yang Shad sayang pada Adel.Biar Adel tahu,betapa sayangnya Shad pada dia,” kata Irsyad.Adelia gigit bibir.Takkan aku kut!!!!

“Nah!Bukalah,” kata Adelia.Irsyad tanpa ragu-ragu terus membuka bungkusan tersebut.Menjerit dia apabila melihat kameranya yang hilang dulu berada dihadapannya.

Suasana menjadi sepi.Adelia hanya memandang wajah Irsyad yang sedang teliti melihat gambar-gambar di dalam kamera tersebut.

“Sepertinya yang Shad janji,Shad akan tunjuk gambar orang yang Shad sayang dan cinta selama ini,nah!,” Irsyad memberi kamera tersebut pada Adelia.Adelia menyambut.Pantas skrin kamera dipandang,dia menekup mulutnya.

“Adelia Ailani?,” soal Adelia minta kepastian.Irsyad hanya mengangguk kepalanya.

“You know what,Shad dah jatuh cinta dengan Adelia sejak jumpa Adelia asa aktiviti perkhemahan di Uitm dulu,” bisik Irsyad sambil bermain dengan rambut Adelia.Baru pertama kali dia melihat rambut Adelia yang lurus dan sedikit kirinting di bahagian belakang.

“Adel,..Adel pun dah jatuh cinta pada Shad masa kali pertama jumpa Shad.Kenapa kia tak mengaku dari dulu lagi?,” soal Adelia dalam nada sebak.

“Mungkin kita tak ada jodoh kut.Tapi taka pa,sekarang Shad milik Adel dan Adel milik Shad,” kata Irsyad.Adelia mengangguk kepalanya.

“Shad,Adel minta maaf sebab curi kamera Shah dulu,” tutur Adelia perlahan-lahan.Terbeliak mata Irsyad yang mendengarnya.Pantas Adelia turun dari katil dan ingin lari dari Irsyad.Irsyad pula mengejar Adelia yang begitu tangkas.Argh!Penatlah aku malam ini.

*****

Adelia membancuh kopi untuk suami tercinta yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.Sempat lagi dia mengintai tingkah laku suaminya itu sambil bibirnya tak putus-putus tersenyum.

Irsyad merasa boring apabila menonton drama Indonesia yang tak berapa nak logic.Matanya terpandang susuk tubuh milik isterinya yang sedang membancuh air didapur.Buat seketika,mata mereka bertembung dan mereka berbalas senyuman.

“Adel,lamanya buat kopi!,” pekik Irsyad.

“Sabarlah Shad oi,” jerit Adelia dari dapur.

Adelia muncul sambil memegang dua biji gelas.Irsyad menyambutnya lalu dengan lafaz bismillah dia meneguk air itu.Adelia mencapai remote lalu menukar siaran lain.

“Errghh!,” tersedak Adelia apabila mendengar sendawa Irsyad.

“Tak senonohlah Syad ni,” kata Adelia lalu memukul perlahan lengan Irsyad.

“Ala,selama 3 bulan kita kahwin,tak ada pun Adel komen pasal bunyi sendawa Syad ni,” kata Irsyad.

“Iyalah,sebab selama ini Syad sendawa biasa je.Ini yang Syad sendawa besar-besar kenapa?Dah buat tabiat?,” soal Adelia dengan sinis.

“Ikut Adel lah ni,” jawab Irsyad.Adelia mencebik.Tiba-tiba perut Adelia rasa ingin mengeluarkan sesuatu.Tengkuknya rasa mual.

“Wek,..” Pantas Adelia berlari menuju ke sinki di dapur.Irsyad mengekori isterinya itu.

“Wekk,..” segala isi perut dikeluarkan.Irsyad menggosok lehernya perlahan.

“Adel ni kenapa?,” soal Irsyad cemas.Adelia tidak menjawab,hanya menggeleng sahaja.

“Kita pergi kliniklah,” kata Irsyad.Adelia hanya mengagguk setuju.Irsyad mengambil tudung lalu diberikan kepada Adelia untuk menutup auratnya.

*******

“Papa!,” jerit Syada.Irsyad yang sedang mengambil gambar tersentak.Dia memandang anak sulongnya,Syada yang berada di bilik pejabatnya.Pantas Irsyad bergerak menuju ke arah Syada.

“Mama!,” jerit Adee yang bercekak pinggang memandang Adelia yang sedang mengemas meja di Shark Studio.

“Kenapa Syada?,” soal Irsyad kepada Syada.Cantik gambar papa dan mama.2011?Tahun bila tu papa?,” soal Syada yang kini berusia 5 tahun.

“Masa tu,Syada tak ada lagi.Syada tak wujud pun lagi.Mama memang cantikkan?,” balas Irsyad menggantungkan kamera itu dileher Syada lalu meletakkanya di atas ribanya.

“Cantik.Cantik sangat,” jawab Syada sambil tersenyum.

“Mama,kenapa gambar mama dan papa banyak sangat dalam gambar ni?,” soal Adee,anak kedua yang turut berusia 5 tahun.Adik kembar kepada Syada.

“Mama dan papa dulu rapat,” jawab Adelia.

“Ooo,mesti mama dan papa selalu bergambar sama-samakan?,” soal Adee lagi.Adelia hanya mengangguk kepalanya.Kepingan gambar yang berada di tangan Adee diambil,lalu didukung Adee diletak diatas ribanya.Mereka sama-sama melihat gambar tersenyum.

Irsyad memandang isterinya dari dalam,Adelia turut memandang suaminya.Senyuman dibibir mereka sentiasa mekar.Hanya mereka yang tahu akan kenangan mereka,dan hanya mereka yang akan simpan kenangan mereka dan mereka akan kongsi kenangan mereka bersama-sama anak kembar mereka,Syada dan Adee.

“Our life and kau milik aku,” bisik mereka perlahan.Irsyad memandang Adee yang tersenyum memandang kepingan gambar mereka dahulu.Adelia pula memandang Syada yang tersenyum memandang skrin kamera.Kamera yang meletakkan gambar mereka sahaja.

*TAMAT*

http://www.penulisan2u.my/2011/10/novel-aku-cinta-dia-sayang

Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(You may use BBCode tags)