Beliafun Blogging 2010 - 2012
Tak Sangka IndoTop.Org Banyak Membantu Site Beliafun
Berbanding dengan toplist mobile yang lain , trafik indotop boleh membantu kehadiran pengunjung ke wapsite dan wapblog anda lebih dari 60 outhit setiap hari . Kenapa ramai yang tak tahu hal ini dan tidak mempergunakan untuk tujuan menyelamatkan laman2 anda dari tak berpenghuni .
Sudah hampir 4 tahun rasanya saya mengunakan IndoTop.Org dan didalam sana ada menu dan site2 menarik yang boleh kita pergunakan untuk mobile . Contoh kalau kategori [Ringtone - Musik] semua lagu2 perbagai negara disediakan . Tak perlu anda nak search kat website yang kadang2 lambat nak load sebab laman webnya besar serta tak sesuai untuk mobile .
Cubalah , nanti tak sampai 5 minit ramai yang akan berkunjung kelaman anda .
Bulu Mata Terpanjang Didunia
Wow ... Sumber tak diketahui ..
Wajah Wanita Cantik Ini Lepuh Terbakar
Suatu masa lalu, Eva Uhlin, 19, dari Sweden mengalami penyakit pelik iaitu alahan pada parasetamol yang menyebabkan kulit Eva terbakar dan terkupas teruk dan keadaan ini boleh membawa maut.Mengikut rekod, ia terjadi satu dalam sejuta dan 41 peratus dari pesakit tidak dapat bertahan namun, Eva yang bekerja sebagai seorang pelayan kini sembuh sepenuhnya dan mendapat kembali kejelitaannya beberapa tahun yang lalu.
Mimpi ngeri beliau bermula ketika berusia 15 tahun apabila dia tiba-tiba jatuh sakit semasa bercuti dan diberikan parasetamol untuk melegakan demamnya.Namun keesokan harinya ketika bangun Eva mendapati lepuh terbakar di wajah dan sebahagian besar tubuhnya lantas dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit kes terbakar. 48 jam pertama berada di hospital, Eva dirawat oleh 15 doktor.
Dalam beberapa tahun, dia kehilangan kebanyakan kulit wajahnya, bahagian dada, lengan, belakang dan perut.Bulu mata, kuku tangan, kuku kaki dan sebahagian daripada rambutnya turut terjejas.Kini, Eva sudah sembuh tetapi kulitnya sangat sensitif dengan cahaya matahari!
Jom Kita Berniaga Di Depan Rumah Ambiga, Sambil Lancarkan Bersih 4.0 :D
KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.
Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.
Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.
"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.
"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.
Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.
Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.
Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.
Warga Libya letup pesawat Lockerbie 1988 meninggal dunia
TRIPOLI - Bekas pegawai risikan Libya, Abdel Baset al-Megrahi, yang disabitkan kesalahan meletupkan pesawat di Lockerbie pada 1988, menyebabkan 270 orang terbunuh, meninggal dunia di sini, hari ini.
Abdel Baset, satu-satunya individu disabitkan bersalah berhubung letupan pesawat itu, di ruang udara Scotland.
Dia dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tripoli, ibu negara Libya.
Abdel Baset, 60, disabitkan bersalah oleh mahkamah khas di Belanda pada 2001.
Dia dibebaskan dari penjara pada 2009 atas dasar belas kasihan. Ketika itu Abdel Baset dilaporkan bertarung dengan penyakit kanser dan hanya akan hidup beberapa bulan.
Ketika pulang ke Libya dia menerima sambutan sebagai hero, ketika itu negara itu dipimpin oleh Muammar Gaddafi,
Muammar digulingkan dari kuasa tahun lalu.
Sesetengah pihak percaya Abdel Baset tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan.
Abdel Baset juga mempertahankan dia tidak bersalah meskipun dunia Barat mengenakan tekanan ke atas Libya.
Pada ulang tahun kedua pembebasan, kerajaan Scotland menegaskan keputusan membebaskannya adalah wajar.
Bagaimanapun Perdana Menteri Britain, David Cameron mengkritik pembebasannya sebagai "kesilapan besar" manakala Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg pula berkata, beliau mahu melihat Abdel Baset kembali ke penjara.
Pesawat itu, Boeing 747 yang membawa 259 orang termasuk anggota krew meletup ketika dalam penerbangan dari London ke New York. Tujuh orang awam di lokasi kejadian turut terbunuh.
Mayat Tangan Terputus Ditemui Dalam Longkang
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui mati dengan lengan kanannya hampir putus selepas diserang sekumpulan lelaki di Jalan Mata Ayer 1, Taman Setapak di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, S. Prabakaran, 27, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di lengan kanan dipercayai diserang suspek yang bersenjatakan parang.
Kejadian serangan itu turut mencederakan seorang lagi rakan Prabakaran. Lelaki berusia 28 tahun itu cedera parah di belakang badan dan kepala.
Dia yang belum dikenal pasti dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati mangsa diserang di kawasan padang permainan yang terletak kira-kira 150 meter dari tempat mayat mangsa ditemui.
"Selepas diserang, mangsa dengan lengan kanannya terkulai melarikan diri tetapi dia kemudian ditemui mati di dalam longkang," kata beliau ketika dihubungi di sini malam kelmarin.
G.R.O Siam Ditahan Di Tumpat
TUMPAT – Kebanjiran gadis Thailand untuk menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di restoran atau pusat hiburan kecil-kecilan di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tidak pernah reda.
Restoran atau pusat hiburan yang berasaskan lampu malap yang banyak tumbuh di kawasan bersempadan dengan Thailand akan menyediakan GRO untuk menarik pelanggan.
Kehadiran GRO di restoran-restoran tersebut didakwa mampu menarik pelanggan terutamanya pelanggan lelaki dan secara tidak langsung memberi keuntungan lumayan kepada pengusaha restoran atau restoran ala-ala pusat karaoke.
Justeru itu, tidak ada yang pelik apabila restoran ala pusat karaoke yang menyediakan GRO diserbu pihak berkuasa berulang kali mampu mengoperasikan semula restoran tersebut dalam tempoh yang singkat.
Ini disebabkan pemilik premis tersebut kebiasaannya bebas daripada tindakan undang-undang kerana pihak berkuasa kekurangan bukti bagi membuktikan mereka menggaji GRO.
Bagi GRO itu pula mereka akan kembali bekerja di premis sama tidak sampai sebulan selepas ditahan kerana mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Babi Sondol Kedai Siber
MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.
Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.
Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.
"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.
"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.
Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.
Remaja Perempuan 15 Tahun Di Tahan Ketika Leka Berjudi
KUALA KUBU BARU — Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun adalah antara sembilan orang yang ditahan ketika polis membuat serbuan ke atas empat premis di Hulu Bernam di sini yang menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen.
Pegawai Turus Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor DSP Rohan Shah Ahmad berkata pelajar perempuan itu sedang mengambil pertaruhan judi loteri daripada pelanggan ketika serbuan itu yang dilakukan secara serentak.
Beliau berkata keempat-empat premis itu yang terletak bersebelahan antara satu sama lain berselindung di sebalik kedai gambar, kedai pancing, kedai telefon bimbit dan kedai kopi untuk mengaburi pihak berkuasa.
"Selain remaja perempuan itu polis turut memberkas lapan yang lain yang berumur antara 20 dan 59 tahun yang merupakan pelanggan serta anggota sindiket perjudian.
"Kejayaan membongkar kegiatan itu adalah hasil risikan yang anggota kita jalankan selama seminggu dan sindiket perjudian itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu.
Beliau berkata serbuan selama dua jam itu yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam disertai oleh empat pegawai dan 16 anggota polis dari IPK Selangor dan IPD Hulu Selangor.
Rohan Shah berkata kesemua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka.
— BERNAMA
Ajaib - Bayi Lahir Bersama Alquran Dari Rahim Ibunya
Seorang bayi dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil..
bayi yang diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo
oleh sorang ulamak itu dilahirkan pada 7 mei 2012.
Dalam pemberian nama tersebut, ulamak terkenal tersebut Ustaz Abdul Rahman,
menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi
walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.
Beliau juga menambah bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah,
untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan,
iaitu lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.
Ulama lain yang ikut serta dalam acara menamakan bayi
tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,
Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,
dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Ahad (13/5), ibu bayi ini memeluk Islam setelah melihat bayinya
lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.
Kini,ibu berusia 32 tahun yang dulu bernama
Kikelomo Ilori ini kemudian menukar nama menjadi Sherifat