Showing posts filed under Berita Luar Negara

Bruni, Trierweiler raih populariti pasangan

Posted by Mrbelia on 06:35 AM, 13-Apr-12  •  Comments (0)

DEMAM pilihan raya mula melanda di Perancis selepas kempen pilihan raya Presiden Perancis bermula sejak 10 April lalu. Seramai 10 calon yang merebut jawatan tersebut dibenarkan menampal poster di tempat yang dibenarkan oleh pihak pentadbiran tempatan dan melakukan kempen di televisyen secara percuma buat julung-julung kalinya. Pada tahun ini penganalisis politik di Perancis menjangkakan persaingan sengit antara Presiden Perancis yang ke-23... [Read More]

Korea Utara Tekad Lancar Roket

Posted by Mrbelia on 06:16 AM, 12-Apr-12  •  Comments (1)

PYONGYANG - Korea Utara semalam mengumumkan ia sedang mengisi bahan api ke dalam sebuah roket yang akan dilancarkan semasa sambutan ulang tahun bersejarah sempena penganugerahan gelaran baharu kepada pemimpin negara berkenaan, Kim Jong-Un. "Proses menyuntik bahan api sedang dilakukan dan akan selesai dalam masa terdekat," kata Pengarah Pusat Kawalan Misi Korea Utara, Paek Chang-Ho kepada sekumpulan wartawan asing. Pyongyang dijadualkan melakukan pelancaran... [Read More]

Sula Negara Paling Ganas Didunia

Posted by Mrbelia on 01:40 PM, 11-Apr-12  •  Comments (1)

SAN PEDRO SULA - Bandar yang terletak di Honduras, negara rantau Amerika Tengah ini merupakan bandar raya paling ganas di dunia. Hampir setiap hari, penduduknya disajikan dengan adegan kumpulan penjenayah bertempur menggunakan raifal AK-47 dan grenad, pembunuh menyerang pada siang hari dan anggota polis meminta wang suapan. Di Honduras, negara yang memiliki populasi lapan juta orang, satu kes pembunuhan dilaporkan pada setiap... [Read More]

Putera Shah Iran Minta Bantuan Israel

Posted by Mrbelia on 01:39 PM, 11-Apr-12  •  Comments (0)

BAITULMUQADDIS - Anak pemimpin Iran yang telah digulingkan dan kini berada dalam buangan, Putera Reza Pahlavi (gambar) meminta supaya Israel tidak mengebom negaranya, sebaliknya dia mahu rejim Zionis membantu pihak pembangkang di Iran. Pahlavi berkata demikian dalam satu temubual yang disiarkan oleh televisyen Israel, Channel 10 TV semalam. Bercakap dari rumahnya di Washington, Amerika Syarikat (AS) beliau menegaskan bahawa mengebom Iran hanya... [Read More]

Ratusan Pengamal Voodoo Berhimpun

Posted by Mrbelia on 10:25 AM, 10-Apr-12  •  Comments (0)

SOUVENANCE, Haiti - Beratus-ratus pengamal voodoo mengadakan upacara ilmu hitam itu di sebuah kampung di sini kelmarin. Upacara yang berlangsung itu diadakan bagi menunjukkan kesetiaan ke atas roh. Pada hari tersebut, pengamal-pengamal voodoo itu menari, menyembelih haiwan sebagai korban dan mandi di sebuah kolam yang dianggap suci oleh mereka. Voodoo menular ke Haiti disebabkan kedatangan hamba dari Afrika Barat. Ia... [Read More]

Iran Halang Akses Sukan Olimpik 2012

Posted by Mrbelia on 10:20 AM, 10-Apr-12  •  Comments (0)

sknx1.png LONDON - Iran dipercayai telah mengambil langkah menghalang akses kepada laman web rasmi sukan Olimpik 2012 yang akan berlangsung di Britain pertengahan tahun ini. Laporan BBC menyebut pengguna-pengguna dari Iran menghantar mesej menerusi Twitter mengatakan mereka tidak dapat akses laman london2012.com, sebaliknya dialih laluan ke laman peyvandha.ir - laman web yang menawarkan berita-berita dari agensi berita rasmi Iran. Laman web blockediniran.com mengesahkan... [Read More]

Greece Tawar Perkhimatan Sewa Polis

Posted by Mrbelia on 06:45 AM, 10-Apr-12  •  Comments (0)

ATHENS - Greece yang berdepan dengan masalah kewangan serius kini memperkenalkan jalan terbaharu untuk menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan menyewa anggota polis. Pegawai polis Greece boleh disewa pada harga 30 euro (RM120) sejam. Kereta peronda pula disewa pada kadar 40 euro (RM160) sejam. Menurut Kementerian Awam kelmarin, wang sewa itu akan membantu memodenkan pasukan polis. Ia menyatakan bayaran itu juga dikenakan kerana menggunakan harta... [Read More]

Pengacara TV Dibaling Telur Dan Yogurt

Posted by Mrbelia on 06:09 AM, 09-Apr-12  •  Comments (0)

ATHENS - Seorang pengacara stesen televisyen swasta, Epiros TV1, Panagiotis Vourhas dibaling dengan telur dan yogurt oleh sekumpulan penceroboh di bandar Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu. Menurut pihak pengurusan televisyen itu, seramai 17 orang menceroboh masuk dengan sebahagian muka mereka ditutup dengan sapu tangan. Ketika kejadian, Vourhas sedang mewawancara seorang ahli politik tempatan di studio televisyen itu. Baju dan muka pengacara tersebut... [Read More]