Showing posts filed under Berita Luar Negara

Gambar anak Osama mati ditembak disiarkan

Posted by Mrbelia on 10:14 AM, 06-May-11  •  Comments (0)

LONDON - Seorang anak Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, Khalid dan dua lagi penyampai mesej ketua Al-Qaeda yang ditembak mati dalam serangan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan disiarkan untuk tontonan umum. Foto itu dirakam selepas serangan komando AS di tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan. gambar itu dikeluarkan oleh agensi berita Reuters semalam. Ia menunjukkan keadaan belakang kepala ketiga-tiga... [Read More]

Pakistan tuduh Amerika Syarikat menceroboh

Posted by Mrbelia on 10:31 AM, 05-May-11  •  Comments (0)

ISLAMABAD 4 Mei - Pakistan menuduh Amerika Syarikat (AS) menceroboh negaranya ketika melancarkan serbuan ke atas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di negara ini awal Isnin lalu dan mengingatkan AS supaya berhenti menceroboh negara ini. Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan dalam satu kenyataan media berkata, laporan mengenai helikopter AS berlepas dari Pangkalan Udara Ghazi adalah tidak benar. "Helikopter AS memasuki ruang udara... [Read More]

AS cabul undang-undang antarabangsa

Posted by Mrbelia on 10:29 AM, 05-May-11  •  Comments (0)

BERLIN 4 Mei - Bekas Canselor Jerman Barat, Helmut Schmidt mengecam operasi tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan bagi membunuh Osama bin Laden. Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, katanya, semalam. Pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah melampaui batas dan AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas orang paling dikehendaki di dunia itu, katanya. Schmidt memberitahu televisyen Jerman, operasi pasukan... [Read More]

Puting beliung air di Hawaii

Posted by Mrbelia on 10:17 AM, 05-May-11  •  Comments (0)

HONOLULU - Satu puting beliung air yang berlaku di laut dekat pelabuhan Honolulu, Hawaii menjadi daya tarikan penduduk yang sanggup keluar dari kereta untuk melihat fenomena itu, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang pelajar, Shanelle Solomon memberitahu: "Saya melihat satu kilat dekat asrama saya. Ia (puting beliung air) seperti tali berwarna ungu di udara." Puting beliung itu berlaku selama 12 minit pada Ahad... [Read More]

Budak jual 3,000 lukisan kumpul biaya rawatan kanser

Posted by Mrbelia on 10:35 AM, 04-May-11  •  Comments (0)

KANSAS, Amerika Syarikat - Seorang kanak-kanak, Aidan Reed berjaya menjual sebanyak 3,000 keping gambar raksasa yang dilukisnya demi membiayai kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya, lapor sebuah akhbar semalam. Aidan yang berusia lima tahun itu didiagnosis penyakit leukemia pada 13 September 2010. Sejak itu, dia yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dikehendaki menjalani rawatan termasuk kemoterapi, jangkitan, saluran tulang belakang dan... [Read More]

PM Britain mahu Pakistan beri penjelasan

Posted by Mrbelia on 10:33 AM, 04-May-11  •  Comments (0)

LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan Pakistan perlu memberi jawapan kepada persoalan bagaimana pengganas nombor satu dunia, Osama bin Laden boleh tinggal begitu dekat dengan ibu negara Pakistan, Islamabad dan berhampiran pula dengan sebuah akademi tentera tanpa dapat dikesan oleh pasukan keselamatan negara berkenaan. Kenyataan Cameron itu menyusul selepas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari kelmarin menafikan bahawa negaranya melindungi... [Read More]

Amerika berbohong

Posted by Mrbelia on 10:31 AM, 04-May-11  •  Comments (0)

ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini. Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata. Tiada kematian dilaporkan... [Read More]

Tahanan Guantanamo bocor rahsia

Posted by Mrbelia on 10:26 AM, 04-May-11  •  Comments (0)

WASHINGTON: Beberapa tahanan di Teluk Guantanamo memberikan maklumat penting sehingga membolehkan tentera Amerika Syarikat membunuh Osama bin Laden, kata pegawai keselamatan semalam. Menurut pegawai kanan dalam pentadbiran Presiden Barack Obama, ejen perisikan memperoleh banyak maklumat daripada soal siasat di kem tahanan berkenaan. Katanya, mereka bertanggungjawab secara langsung membantu pasukan keselamatan mengesan pemimpin al-Qaeda itu. “Antara maklumat diperoleh adalah nama gelaran utusan digunakan Osama... [Read More]