Showing posts filed under Berita Luar Negara
Posted by Mrbelia on 10:13 AM, 18-Apr-12 •
WASHINGTON - Pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pemimpin negara itu malu dengan dakwaan salah laku 10 anggota tentera AS di sebuah hotel pada malam lawatan Presiden Barack Obama di Colombia hujung minggu lalu.
Dalam sidang akhbar di Pentagon kelmarin, Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Martin Dempsey menyatakan kekesalannya terhadap skandal yang melibatkan 11 ejen Perkhidmatan Rahsia yang dituduh melanggan... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:12 AM, 17-Apr-12 •
KABUL - Seorang militan yang ditangkap berhubung serangan di ibu kota Afghanistan di sini dan tiga bandar lain mengaku bahawa serangan selama 18 jam itu dilakukan oleh rangkaian Haqqani, sebuah kumpulan pejuang yang mempunyai hubungan dengan Taliban dan Al-Qaeda, kata seorang pegawai kanan keselamatan Afghanistan semalam.
Menteri Dalam Negeri, Besmillah Mohammadi berkata, seramai 36 orang pemberontak terbunuh dalam serangan itu yang... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:08 AM, 17-Apr-12 •
BEIJING - Pembunuhan seorang ahli perniagaan Britain, yang mencetuskan kontroversi politik di China awal bulan ini, mati kerana diracuni selepas mendiang didakwa mengugut mahu mendedahkan rancangan isteri seorang pemimpin China yang mahu memindahkan keluar wang ke negara lain.
Kematian Neil Heywood pada November lalu telah menyebabkan peluang Bo Xilai untuk memainkan peranan penting dalam lingkungan politik peringkat pusat Parti Komunis China... [Read More]
Posted by Mrbelia on 06:31 AM, 16-Apr-12 •
SYDNEY - Para peminat fanatik kumpulan pop One Direction dari Britain marah apabila mereka mendapati salah seorang anggota kumpulan itu, Zayn Malik menunjukkan dia meminati seorang gadis Australia.
Menurut laporan MailOnline kelmarin, Zayn yang berusia 19 tahun telah meminta gadis itu, Anna Crotti, 20, keluar dengannya.
Zayn dan empat lagi anggota kumpulan itu berkenalan dengan Crotti semasa mereka tiba di stesen radio... [Read More]
Posted by Mrbelia on 06:27 AM, 16-Apr-12 •
KABUL - Pergerakan Taliban melancarkan satu siri serangan termasuk di ibu kota Afghanistan di sini semalam.
Serangan itu melibatkan pangkalan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), bangunan parlimen dan kedutaan Barat.
Taliban turut melancarkan serangan di tiga buah lagi bandar.
Seramai dua anggota Taliban terbunuh dan lima lagi cedera di sini.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid mengaku pergerakannya bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Menurutnya dalam satu kenyataan, sejumlah... [Read More]
Posted by Mrbelia on 07:11 AM, 15-Apr-12 •
MANILA – Konfrontasi enam hari antara China dan Filipina melibatkan sebuah kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan berakhir semalam apabila sekumpulan bot nelayan China meninggalkan lokasi berkenaan, Beting Scarborough, bersama hasil tangkapan mereka.
Krisis berkenaan memberikan tamparan terhadap usaha Manila dalam menuntut hak kedaulatan dan melindungi sumber marin negara di lokasi itu yang terletak sekitar 124 batu nautika dari Pulau... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:04 AM, 14-Apr-12 •
NEW YORK - India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.
Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.
Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains... [Read More]
Posted by Mrbelia on 09:58 AM, 14-Apr-12 •
PYONGYANG – Korea Utara semalam mengumumkan roket jarak jauhnya, Unha-3 gagal menuju ke orbit yang merupakan pengakuan yang memalukan.
Kegagalan tersebut sekali gus memberi tamparan hebat kepada pemimpin muda negara komunis itu, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Jong-un menggantikan bapanya, Kim Jong-il yang mati dipercayai kerana serangan sakit jantung pada Disember tahun lalu.
Pelancaran itu dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-100... [Read More]