Showing posts filed under Buletin Utama

100 Pelajar Hampir Maut

Posted by Mrbelia on 07:08 AM, 15-Apr-12  •  Comments (0)

JOHOR BAHRU - Lebih 100 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Sze Skudai di sini nyaris maut apabila kerangka tingkap dewan sekolah itu tumbang dipukul ribut di sini petang semalam. Kejadian pukul 2.30 petang itu mengejutkan sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti latihan bola tampar dan permainan yoyo sebelum mereka lari bertempiaran. Seorang guru, Phang Hai Bong, 54, berkata, dia sangat cemas... [Read More]

Tv3 Siarkan Adegan Bogel Filem Barat

Posted by Mrbelia on 10:22 PM, 14-Apr-12  •  Comments (0)

Stesen TV nombor satu negara, TV3 telah memohon maaf kepada penonton terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem 'Into The Wild' yang disiarkan pada 24 Mac lalu. TV3 dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berita menyatakan pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak. Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin... [Read More]

Artist Hip Hop Dakwa Dipukul Kerabat Diraja

Posted by Mrbelia on 04:41 PM, 14-Apr-12  •  Comments (0)

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta... [Read More]

Kepala Konstebal Hancur Digilis Lori

Posted by Mrbelia on 10:07 AM, 14-Apr-12  •  Comments (0)

BUKIT MERTAJAM – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas kepalanya hancur digilis lori dalam kemalangan dekat Permatang Tinggi, jam 8.45 malam kelmarin. Mangsa, Nan Ruazlan Zulkefle, 23, dari Balai Polis Machang Bubok sebelum itu membuat rondaan bersama seorang lagi rakan setugas, tetapi mereka menunggang motosikal berasingan. Ketika menghampiri pondok polis Permatang Tinggi, mangsa cuba memintas Proton Saga untuk diperiksa, selepas mendapati... [Read More]

Pasar Lengang Kerana Gempa Di Aceh

Posted by Mrbelia on 06:42 AM, 13-Apr-12  •  Comments (0)

ALOR SETAR - Dua buah pasar pagi di jeti pendaratan ikan di Kuala Kedah di sini lengang apabila kebanyakan gerai tidak beroperasi selepas bekalan ikan pada pagi semalam berkurangan gara-gara amaran tsunami akibat gempa bumi kuat 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara petang kelmarin. Gerai-gerai menjual ikan tidak beroperasi kerana nelayan tidak keluar ke laut selepas amaran tsunami dikeluarkan... [Read More]

Wanita Tempatan Ditahan Tinggal Dengan Warga Asing

Posted by Mrbelia on 06:39 AM, 13-Apr-12  •  Comments (0)

MELAKA - Tindakan seorang wanita tempatan tinggal bersama lima lelaki warga asing menerima padah apabila dia dicekup dalam Ops 6P oleh Jabatan Imigresen negeri di Taman Merdeka di sini semalam. Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran bermula sejak 1 Ogos 2011 dan berakhir pada 10 April lalu yang antara lain bertujuan mengenal pasti jumlah sebenar pendatang asing... [Read More]

Adik Mufti Terangganu Maut Kemalangan

Posted by Mrbelia on 10:18 AM, 10-Apr-12  •  Comments (0)

MARANG – Adik kepada Mufti Terengganu terbunuh selepas van yang dinaiki terbabas, lalu melanggar batu penanda jalan dan sebatang pokok di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa Nor Asma Abdullah, 43, meninggal dunia akibat cedera parah selepas tercampak keluar dari van. Bagaimanapun pemandu, Mohd Rozi Abu Bakar, 40, dan empat lagi... [Read More]

Jangan Buang Helaian Quran Sesuka Hati

Posted by Mrbelia on 06:43 AM, 10-Apr-12  •  Comments (0)

KUALA TERENGGANU – Pengusaha pusat fotostat dinasihatkan supaya jangan membuang helaian al-Quran sewenang-wenangnya bagi memelihara kesucian ayat suci itu. Timbalan Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, pengusaha pusat fotostat perlu lebih peka dalam menjaga kesucian al-Quran dengan tidak membiarkan naskhah suci itu terabai. “Kita tidak mahu kertas-kertas al-Quran ini dicampakkan begitu sahaja dan dibuang ke dalam tong sampah bersama-sama... [Read More]