Showing posts filed under Buletin Utama
Posted by Mrbelia on 11:26 AM, 06-Jan-11 •
ARAU - Ketenangan sebuah keluarga di Kampung Tengah, Ulu Pauh dekat sini yang sedang berehat di ruang tamu bertukar kecoh apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter muncul ketika mereka menonton televisyen semalam.
Kejadian tersebut menyebabkan penghuni di rumah berkenaan bertempiaran lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis kira-kira pukul 7 malam.
Ketua... [Read More]
Posted by Mrbelia on 08:03 PM, 05-Jan-11 •
KUALA LUMPUR – Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.
Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.
Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan... [Read More]
Posted by Mrbelia on 04:51 PM, 01-Jan-11 •
SEREMBAN - Seorang gadis berusia 20 tahun panik apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan kepadanya oleh seorang wanita yang terus hilang selepas memberi alasan untuk ke tandas.
Qurratnaini Amni Jamaludin berkata, dia ketika itu sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral pada pukul 10 pagi bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung... [Read More]
Posted by Mrbelia on 07:47 AM, 26-Dec-10 •
KUALA LUMPUR - Enam terkorban dalam kemalangan jalan raya di empat lokasi berasingan sekitar bandar raya awal pagi semalam yang membabitkan kereta dan motosikal.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kesemua mangsa berumur 18 hingga 55 tahun itu mati di tempat kejadian.
"Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi apabila dua buah motosikal bertembung dari... [Read More]
Posted by Mrbelia on 07:42 AM, 26-Dec-10 •
HULU LANGAT – Selepas enam bulan menjadikan ayam sebagai mangsa untuk disabung setiap kali cuti umum, sekumpulan 16 kaki judi akhirnya ditahan polis dalam satu operasi di sebuah ladang getah di Batu 23, Sungai Lui di sini semalam.
Kesemua kaki judi itu ditahan ketika asyik menyaksikan ayam taruhan mereka bersabung sempena sambutan Hari Krismas semalam di dalam gelanggang khas yang disediakan.
Kebanyakan... [Read More]
Posted by Mrbelia on 09:19 AM, 25-Dec-10 •
KUALA LUMPUR – Bagi mengekang penularan fahaman bertentangan dengan ajaran Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat beberapa laman sesawang termasuk laman blog beberapa blogger kerana didapati menyebarkan fahaman bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Salah satu laman blog yang disiasat adalah milik seorang penulis novel terkenal kerana dikatakan cuba menyebarkan fahaman Syiah... [Read More]
Posted by Mrbelia on 09:16 AM, 25-Dec-10 •
KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.
Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap... [Read More]
Posted by Mrbelia on 09:40 PM, 20-Dec-10 •
KUALA LUMPUR – AmBank Group menyasarkan 1 juta pengunjung pada Konsert Tahun Baru 2011 Kuala Lumpur yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember.
Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim berkata, konsert itu bagi meraikan kedatangan tahun baru merupakan kerjasama keenam syarikat kewangan itu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2003.
"Tahun lepas terdapat hampir 800,000 pengunjung, jadi kali... [Read More]