Showing posts filed under Buletin Utama
Posted by Mrbelia on 06:13 AM, 01-Apr-12 •
KAJANG - Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.
Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:07 AM, 31-Mar-12 •
PETALING JAYA – Guru Bahasa Inggeris yang tidak sengaja membaling selipar ke muka anak muridnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut di masa akan datang.
Guru berkenaan Nur Adha Mat Ali, 30, berkata, apa yang berlaku benar-benar di luar kawalan dan dia sendiri menyesal di atas apa yang berlaku.
“Saya minta maaf kepada murid saya iaitu Sritharan di atas... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:17 AM, 30-Mar-12 •
KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia, istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan di sebuah istana baru yang tersergam indah di atas bukit.
Terletak di Jalan Duta, bangunan putih yang bercirikan 22 kubah kuning itu akan menyaksikan pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam satu majlis penuh istiadat dan gilang-gemilang pada... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:13 AM, 30-Mar-12 •
BUTTERWORTH - Gara-gara tidak hadir sehari ke sekolah, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di sini mendakwa disebat guru besarnya lebih 20 kali menyebabkan punggungnya lebam, terasa sakit hingga trauma ke sekolah.
Mangsa, anak ketiga dari lima beradik yang tinggal bersama keluarga di Taman Seri Bagan di sini mendakwa, dia disebat di dalam bilik guru besar sebaik hadir ke sekolah... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:04 AM, 30-Mar-12 •

KUALA LUMPUR — Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.
Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. — BERNAMA
Posted by Mrbelia on 10:45 AM, 29-Mar-12 •
Mesti banyak blogger tak puas hati dgn hukuman keatas penari tiang berugama islam ni . Cuma RM 25 ringgit saja, .
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24,... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:38 AM, 29-Mar-12 •
AYER KEROH - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit.
Sambil menyatakan tindakan itu tidak wajar, beliau turut menegaskan keadaan itu akan menimbulkan suasana tegang dari skop ekonomi.
“Saya tidak bersetuju dengan cara Amerika Syarikat yang mahu melaksanakan sekatan terhadap minyak... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:36 AM, 29-Mar-12 •
BALING - Hasrat seorang anak muda untuk menyertai pasukan polis tidak tercapai apabila panel ujian fizikal bagi jawatan konstabel mendakwa telinganya besar dan tangannya bengkok.
Kamarudin Osman, 19, dari Desa Bidara, Kuala Ketil terkilan selepas gagal mengikuti ujian fizikal lain apabila fizikal badannya dikatakan tidak memenuhi syarat diperlukan.
“Saya tidak rasa telinga saya besar. Saya betul-betul berminat untuk menyertai pasukan polis. Bagi... [Read More]