Showing posts filed under Gambar Menarik Aneh
Posted by Mrbelia on 10:32 AM, 18-Feb-12 •
BERLIN, Jerman - Sepasukan saintis mengumumkan pada minggu ini bahawa mereka telah menemui haiwan sumpah-sumpah yang sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan pada batang mancis.
Tergolong dalam spesies cicak, sumpah-sumpah itu yang dikenali dengan nama saintifik, Brookesia micra, memiliki panjang maksimum cuma 29 milimeter.
Ia ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat (AS) di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar.
Spesies berkenaan... [Read More]
Posted by Mrbelia on 08:25 PM, 17-Feb-12 •
Narwhal (Monodon monoceros) adalah nama salah satu paus yg paling tidak diketahui manusia. Nama “narwhal” berasal dari bahasa Norse Kuno yg berarti “paus mayat”.
Nama itu diberikan karena kebiasaannya yg kadang-kadang berenang tak bergerak di permukaan laut dengan posisi perut menghadap ke atas & warna tubuhnya yg bertotol-totol kelabu seperti pelaut yg tenggelam.
Mereka diketahui hanya hidup di seluruh perairan Kutub Utara,... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:41 AM, 15-Feb-12 •
haiwan yang menyerupai babi tetapi berbulukan biri-biri yang berasal dari Austria dan Hungary.
Bulunya juga boleh digunakan untuk membuat kain atau pakaian yang mempunyai daya tahan memerangkap haba yang baik. Haiwan ini berbulu bagi melindunginya pada musim sejuk yang rendah suhunya di negara asal mereka di Hungary dan Austria. Dilaporkan bahawa jenis babiri in telah pupus di Britain sejak 40 tahun dahulu.
Nampaknya negara... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:37 AM, 12-Feb-12 •
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu.
"Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan... [Read More]
Posted by Mrbelia on 02:17 PM, 04-Feb-12 •
WELLINGTON - Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP.
Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis... [Read More]
Posted by Mrbelia on 08:50 PM, 02-Feb-12 •
LIMA - Pihak berkuasa Peru menyatakan, mereka sukar membendung orang luar daripada mendekati satu kumpulan suku kaum pribumi hutan Amazon di Amerika Latin yang mula berkeliaran di tepi tebing sungai selepas mereka terasing daripada peradaban manusia.
Puak itu dikenali sebagai Mashco-Piro, kumpulan kecil orang asli berkenaan mula berkeliaran di tebing sungai sebuah hutan yang popular dalam kalangan pelancong sejak tahun lalu.
Tingkah... [Read More]
Posted by Mrbelia on 11:27 AM, 27-Jan-12 •
PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.
Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.
Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.
Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang... [Read More]
Posted by Mrbelia on 10:18 AM, 26-Jan-12 •
PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.
Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.
Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal... [Read More]