Showing posts filed under Jenayah

Bekas Imam Disebat Rogol Remaja

Posted by Mrbelia on 06:27 AM, 25-Apr-12  •  Comments (0)

JOHOR BAHRU – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes... [Read More]

Pasangan Kekasih Mati Rentung

Posted by Mrbelia on 02:17 PM, 21-Apr-12  •  Comments (0)

KLANG – Sepasang kekasih ditemui mati rentung dalam bilik utama sebuah rumah kedai di tingkat dua bangunan empat tingkat itu di Jalan Hulubalang 26, Taman Desa Ablelink di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 6.14 pagi, mayat lelaki, Chua Keh Siong, 40, dijumpai atas lantai berdekatan pintu bilik iaitu kira-kira satu meter dari mayat mangsa wanita, Seh Pei Kim, 34. Pasangan tersebut... [Read More]

Suami Jual Isteri Dengan Harga Rm130.00

Posted by Mrbelia on 09:57 AM, 20-Apr-12  •  Comments (0)

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu. Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya... [Read More]

Suami Cekik Isteri Gara2 Isteri Kuat Berleter

Posted by Mrbelia on 10:20 AM, 18-Apr-12  •  Comments (0)

KUANTAN – Gara-gara berang dengan leteran si isteri, seorang bekas pekerja kedai percetakan terpaksa menanggung padah meringkuk dalam penjara selama 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam menyebabkan kematian kepada mangsa. Tertuduh sanggup mencekik leher isterinya dan menyebabkan kematian sebelum menyimpan mayat mangsa dalam stor rumah mereka di Taman Klasik, di sini. Hakim Datuk Mariana Yahya menjatuhkan hukuman... [Read More]

Dipukau Bomoh

Posted by Mrbelia on 10:18 AM, 18-Apr-12  •  Comments (0)

KUANTAN - Kepercayaan diberikan mengundang padah apabila seorang lelaki mendakwa dirinya seorang pengamal perubatan tradisional dipercayai telah membawa lari seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari rumah seorang ahli perniagaan sejak 7 April lalu. Bukan sahaja remaja tersebut dibawa lari, malah wang sebanyak RM10,000 milik ahli perniagaan tersebut lesap secara beransur-ansur sejak mengenali lelaki terbabit sejak lima bulan lalu. Remaja terbabit, Balvin... [Read More]

Tunggu Masa Untuk Meraba , Dua Remaja Ditahan

Posted by Mrbelia on 07:22 AM, 17-Apr-12  •  Comments (0)

KUALA KANGSAR - Demi melampias nafsu, dua remaja belasan tahun sanggup menunggu sebelum mencabul dan meraba beberapa mangsa di sekitar kawasan berhampiran lintasan kereta api di Taman Indah, di sini. Sejak seminggu lalu dua remaja ini termasuk pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah di Pekan Kuala Kangsar, di sini, menunggu mangsa yang kebanyakan rakan perempuan dari sekolah jenis kebangsaan Cina, semata-mata... [Read More]

Cemburu Punca Penyanyi Hip Hop Dibelasah

Posted by Mrbelia on 07:05 AM, 15-Apr-12  •  Comments (0)

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd. Rafie Michel, 23, yang dilapor cedera selepas dibelasah di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang kelmarin dipercayai kerana cemburu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian itu bagi membantu siasatan. “Berdasarkan siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan... [Read More]

Mayat Wanita Ditemui Diikat Dan Dibakar

Posted by Mrbelia on 06:59 AM, 15-Apr-12  •  Comments (1)

KULIM – Dua lelaki yang mahu memikat burung terkejut besar apabila menemui mayat seorang wanita sedang terbakar di dalam parit sedalam dua meter di kawasan semak tepi Jalan Padang Meha berhampiran Taman Desa, Padang Serai di sini malam kelmarin Mayat wanita lingkungan usia 20-an tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang, tangan terikat serta badan berbalut kain oleh dua orang awam... [Read More]