Showing posts filed under Jenayah

Dua Ekor Lembu Naik Kereta Wira

Posted by Mrbelia on 10:49 AM, 27-Feb-12  •  Comments (0)

KULIM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa. Sumber berkata,... [Read More]

Suami Ajak Isteri Sedang Hamil Meragut

Posted by Mrbelia on 10:23 AM, 23-Feb-12  •  Comments (0)

SUNGAI SIPUT (U) – Gara-gara terdesak, seorang lelaki sanggup mengajak isterinya yang sedang mengandung meragut di pasar pagi, Pekan Sungai Siput di sini, kelmarin. Bagaimanapun, tindakan pasangan muda yang baru sahaja berkahwin lima bulan itu cuba meragut bekas duit seorang peniaga buah, tidak berjaya apabila mereka ditangkap orang ramai. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, dalam kejadian kira-kira jam... [Read More]

Kastam Penyamun Dijel

Posted by Mrbelia on 10:50 AM, 22-Feb-12  •  Comments (0)

ALOR SETAR – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dihukum penjara lima tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menyamun seorang lelaki membabitkan kerugian RM300 dua tahun lalu. Hakim Mohd. Sabri Ismail turut memerintahkan agar tertuduh, Bidin Hamid, 50, dipenjara enam bulan jika dia gagal menjelaskan wang denda tersebut. Bidin bagaimanapun membayar denda itu. Mohd. Sabri... [Read More]

Kejam - Anak Tetak Kepala Ibu

Posted by Mrbelia on 10:48 AM, 22-Feb-12  •  Comments (1)

SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas maut di tangan anak sendiri akibat ditetak di kepala di sebuah rumah di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri, dekat sini semalam. A'inshon Abd. Rahman, 60, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh penduduk yang kemudian melaporkan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang. Suspek yang masih bujang difahamkan berang selepas ditegur ibunya yang melarangnya keluar... [Read More]

Isteri Maut Selepas Kelar Suami

Posted by Mrbelia on 10:43 AM, 21-Feb-12  •  Comments (0)

GEORGE TOWN – Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga berakhir selepas suri rumah terbabit ditemui maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, Air Itam di sini semalam. Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10... [Read More]

Enam Bulan Jadi Hamba Sex

Posted by Mrbelia on 10:19 AM, 20-Feb-12  •  Comments (1)

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga terpaksa menjadi hamba seks kepada bekas teman lelakinya selama enam bulan ekoran bimbang gambar bogelnya didedahkan jika dia enggan memenuhi nafsu lelaki berkenaan sejurus selepas mereka berpisah pada Julai tahun lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, berkata, sejak perpisahan itu, dia terpaksa memenuhi kehendak bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Teh sehingga... [Read More]

Melancong Sambil Melacur

Posted by Mrbelia on 10:16 AM, 20-Feb-12  •  Comments (0)

KUALA LUMPUR – Kegiatan pelacuran membabitkan wanita dari negara-negara Asia Tengah yang pernah dibanteras pada 2009 kini dikesan cuba dihidupkan kembali di kawasan Bukit Bintang di sini. Risikan polis mendapati, pelacur dari negara Asia Tengah termasuk Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke sini oleh sindiket tertentu dengan menggunakan pas pelajar atau pas pelancong. Mereka kembali digilai atas beberapa... [Read More]

Hanyut Al-Quran Dalam Tikar Mengkuang

Posted by Mrbelia on 11:54 AM, 16-Feb-12  •  Comments (0)

PENAGA - Seorang bapa dan anak saudaranya terpaksa membatalkan hasrat menjala ikan di Sungai Muda berdekatan Kampung Pengkalan Bongor di sini, setelah terkejut menemui bungkusan tikar mengkuang kerana menyangka ia berisi mayat manusia. Tersentak dengan penemuan pada jam 12.05 tengah hari itu, Yusri Salleh, 37 dan anak saudaranya, Azman Abd Halim, 22, bergegas memaklumkan kepada penduduk kampung dan selepas dibuka mereka... [Read More]