Showing posts filed under Ngeri Kejam

Gadis Ini Dibunuh Dagingnya Dimakan

Posted by Mrbelia on 01:17 PM, 08-Feb-11  •  Comments (3)

Pix ni mr ambil dari borak kosong.com .katanya gadis ni dibunuh kemudian dgingnya dimakan oleh seorng warga bangladesh . kejadian ni berlaku di arab saudi.
azab bukan. ,

Kisah Kejam Mona Fandey Part 35 (Siri Akhir)

Posted by Mrbelia on 09:12 PM, 30-Jan-11  •  Comments (4)

TANGGAL 10 Februari 1995, itulah kali terakhir aku bertemu muka dengan Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Husin. Pada hari itu, aku bertemu Monad dan Affandi di Balai Polis Temerloh, Pahang. Di sini mereka ditahan sehari selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana dengan niat bersama membunuh bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris. Juraimi pula ditahan... [Read More]

Kisah Kejam Mona Fendy Part 34

Posted by Mrbelia on 08:57 PM, 30-Jan-11  •  Comments (0)

CERITAKU mengenai Mona Fandey hampir ke penghujungnya. Waktu itu adalah hari-hari terakhir aku bersama Mona serta dua tertuduh lain - Juraimi Husin dan Mohd Affandi Abdul Rahman. Cerita dalam mahkamah sudah selesai. Juri memberi keputusan 7-0. Kalau main bola sepak ni kata orang kena belasah teruk macam pasukan Malaysia. Tugas aku tak tamat lagi, aku kena bekejar ke luar mahkamah kena dapat kenyataan daripada ketiga-tiga... [Read More]

Kisah Kejam Mona Fendy Part 33

Posted by Mrbelia on 08:50 PM, 30-Jan-11  •  Comments (0)

TARIKH : 9 FEBRUARI 1995 TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY. HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai... [Read More]

Kisah Kejam Mona Fandey Part 32

Posted by Mrbelia on 08:35 PM, 30-Jan-11  •  Comments (0)

TARIKH : 9 FEBRUARI 1995 TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY. SEBELUM tujuh juri membuat keputusan terhadap ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes pembunuhan bekas Adun Batu Talam, Datuk idros @ Mohd Mazlan Idris, Hakim Datuk Mokhtar Sidin menggulung kesnya. Berikut antara petikan penggulung kesnya. TUAN-tuan dan puan-puan para juri. Sekarang telah tiba masa bagi saya... [Read More]

Kisah Kejam Mona Fendi Part 31

Posted by Mrbelia on 08:16 PM, 30-Jan-11  •  Comments (0)

TIMBALAN Pendakwaraya, Zakaria Sam menggulung hujahnya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah: "Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah malam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas, Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersama seperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukan kesalahan bunuh, iaitu menyebabkan... [Read More]

Kisah Kejam Mona Fendy Part 30

Posted by Mrbelia on 08:03 PM, 30-Jan-11  •  Comments (0)

HANYA orang tidak siuman akan melakukan pembunuhan ngeri ke atas Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris yang dipotong kepada 18 bahagian. Peguambela Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan berkata, mengikut keterangan Juraimi ketika melakukan pembunuhan itu, dia tiada perasaan, hilang akal dan seperti sesuatu masuk ke dalam badannya. Katanya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey dalam keterangan mereka pula menyatakan Juraimi seperti orang hilang pedoman dengan... [Read More]

Kisah Kejam Mona Fendy Part 29

Posted by Mrbelia on 07:58 PM, 30-Jan-11  •  Comments (0)

PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idris yang membela tertuduh pertama dalam perbicaraan kes bunuh bekas Adun Batu Talam, Juraimi Husin, meneruskan hujah penggulungan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Keterangan OKT pertama adalah apa yang sebenarnya berlaku dan dia adalah seorang saksi jujur berbanding keterangan OKT kedua, Mohd Afandi Abdul rahman. OKT kedua mempunyai trend yang bahaya dan perlu penapisan yang cukup teliti kerana sentiasa cuba mengelak serta menangkis kebanyakan soalan... [Read More]