Showing posts filed under Rencana Dan Sains

Fakta Yg Jarang Anda Ketahui Tentang Kucing

Posted by Mrbelia on 09:06 PM, 20-May-11  •  Comments (1)

Sejarah Kucing Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing... [Read More]

Tabiat Membaca Rakyat Malaysia Semakin Ketara

Posted by Mrbelia on 07:21 AM, 11-May-11  •  Comments (0)

KUALA LUMPUR: Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat kepada lapan hingga 12 buku setahun pada tahun lalu berbanding hanya dua buku pada 1996. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, peningkatan itu dipengaruhi oleh pertambahan syarikat penerbitan buku di negara ini selain peningkatan jumlah bahan bacaan. "Sebanyak 8,877 syarikat penerbit dengan 23,181 judul terbitan kerajaan dan 167,704 terbitan... [Read More]

Apa sebenarnya yang ada di dalam Kaabah?

Posted by Mrbelia on 11:31 AM, 10-May-11  •  Comments (0)

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu. Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah,... [Read More]

Kematian Osama Laden - Umat Islam menumpang gembira?

Posted by Mrbelia on 10:41 AM, 04-May-11  •  Comments (0)

Ketika pemimpin Islam Saddam Husin dbunuh, umat Islam dunia, khususnya Iraq bergembira kunun segala kejahatan telah dimusnahkan. Bagaimanapun sehingga kini rekod mencatatkan bukan sedikit rakyat Iraq yang mati kerana keganasan tentera asing dalam misi menawan Iraq. Bahkan keamanan yang mereka bayangkan asih juga belum benar-benar dapat dinikmati. Tanpa rakyat sedari, sumber minyak khazanah negara mengalir ke tangan orang lain. Patut juga... [Read More]

Budaya Dan Seni Vietnam Bergabung Dimalaysia

Posted by Mrbelia on 11:14 AM, 02-May-11  •  Comments (0)

EKUMPULAN belia berpakaian seragam berwarna biru cair gagah berdiri tangkas mematahkan serangan sesama sendiri. Sekilas pandang, wajah-wajah mereka tidak langsung mencerminkan sekelumit perasaan gentar, sebaliknya berjaya menunjukkan disiplin seni bela diri yang penuh bertenaga. Kepantasan hayunan gerakan tangan dan kaki dilihat cukup teratur. Aspek ketangkasan begitu menyerlah sedangkan mereka baru mempelajari seni bela diri Vovinam sekitar dua bulan. Vovinam yang berasal dari negara... [Read More]

Dewan Bedah Terhebat Dimalaysia

Posted by Mrbelia on 10:13 PM, 01-May-11  •  Comments (0)

PEMBANGUNAN dewan bedah berteknologi tinggi di negara ini dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kesihatan ke tahap yang lebih tinggi malah, boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa. Usaha yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak beberapa tahun lalu kini patut diberi pujian kerana mereka berjaya membangunkan sebuah dewan bedah berdefinisi tinggi (HD) yang dinamakan OR1 bagi... [Read More]

Mengenali Suku Suku Phnom Penh

Posted by Mrbelia on 10:00 PM, 01-May-11  •  Comments (0)

JIKA sebelum ini destinasi menarik dan bersejarah dijejaki, kembara di Kemboja sungguh menginsafkan dan membuatkan penulis merenung diri sendiri. Selepas melihat kedaifan saudara se-Islam di negara lain, timbul kesedaran dan rasa syukur tidak terhingga kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Menelusuri jalan kampung dengan kiri kanan sawah padi yang kering kontang, kehadiran penulis ke Kampung Prikajiay dalam negeri Kampung Cham, Phnom Penh,... [Read More]

Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Posted by Mrbelia on 10:16 AM, 29-Apr-11  •  Comments (0)

1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat. 2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat 3.Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh 4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka... [Read More]