Showing posts filed under Sumber Dari Brunei

Asal Usul Pekan Tutong

Posted by Mrbelia on 10:48 AM, 15-Aug-11  •  Comments (0)

Daerah Tutong terletak di tengah-tengah perjalanan ibu Negara dan Kuala Belait. Kini daerah Tutong semakin bertukar wajah persekitarannya ketika pertumbuhan penduduknya yang semakin meningkat. Menurut sumber dari Pusat Sejarah, terdapat beberapa cerita tradisi lisan puak Tutong yang mengemukakan asal usul nama Tutong itu. Di antaranya, nama Tutong adalah berasal dari nama seorang puak Murut yang banyak membantu orang-orang yang tinggal di... [Read More]

Sedih , Walau Hajat Ibu Tercapai

Posted by Mrbelia on 10:45 AM, 15-Aug-11  •  Comments (0)

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos - "Hajat ibu supaya kami sekeluarga memiliki rumah sendiri tercapai akhirnya tetapi kami sedih kerana ibu tidak sempat mendiami rumah ini dan menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama kami tahun ini. Sunyi rasanya tanpa kehadiran ibu di rumah baru ini." Sebelum pergi buat selamanya menyahut panggilan Ilahi pada 6 April 2011 yang lalu, ibu pernah... [Read More]

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Posted by Mrbelia on 10:54 AM, 20-Apr-11  •  Comments (1)

AMALAN berjimat cermat dalam kehidupan harian amat penting diamalkan. Hidup bersederhana, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula terlampau berkurangan dalam kehidupan ini yang penuh dengan cabaran, godaan dan ujian. Namun Islam tidak pula mengajak penganutnya meninggalkan segala nikmat kehidupan yang disediakan di dunia ini seperti mana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang tafsirnya: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan... [Read More]

Kenali Brunei Darulsalam Adat Budaya Dan Daerah

Posted by Mrbelia on 10:03 AM, 18-Apr-11  •  Comments (0)

Brunei atau secara rasminya Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo. Brunei dibahagikan kepada empat... [Read More]

Penemuan Arkeologi Purba Di Brunei Darulsalam

Posted by Mrbelia on 10:57 AM, 15-Apr-11  •  Comments (0)

SERING kali kita keliru dengan pengertian sejarah dan arkeologi, padahal kedua-dua perkataan tersebut mempunyai perkaitan yang tidak dapat dipisahkan. Adakah anda tahu dan peka dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan Arkeologi? Banyak definisi-definisi yang diberikan kepada perkataan arkeologi oleh ahli bahasa dan juga oleh ahli arkeologis sendiri. Arkeologi ialah ilmu yang mengkaji tinggalan-tinggalan manusia zaman silam secara berkaedah dan bersistematik... [Read More]

Sejarah Dan Mitos Kampung Air Brunei

Posted by Mrbelia on 12:35 PM, 28-Jan-11  •  Comments (4)

Menyingkap sejarah, mitos dan legenda Sungai Brunei ;Oleh Hasliza Hassan; Keunikan budaya penduduk Kampong Ayer diwarisi sejak turun temurun bongkar kisah dongeng, jadi tarikan pelancong MENYUSURI Sungai Brunei melihat deretan rumah papan di Kampong Ayer adalah aktiviti wajib bagi pelancong kerana kunjungan ke negara terkenal dengan hasil minyak dikira tidak lengkap jika tidak melawat kampung itu. Sebagai tarikan pelancong, Kampong Air yang menempatkan kita-kira... [Read More]

Juri Arah Putra Jefri Bayar Rm 66.14 Juta

Posted by Mrbelia on 06:44 PM, 17-Dec-10  •  Comments (0)

NEW YORK - Adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah kalah kepada satu pasangan peguam suami isteri, Thomas dan Faith Zaman di sebuah mahkamah di sini kelmarin. Ekoran kekalahan itu, juri memutuskan Jefri perlu membayar AS$21.10 juta (RM66.14 juta) kepada pasangan tersebut. Bayaran itu meliputi AS$10.1 juta (RM31.66 juta) kepada Thomas dan AS$11 juta (RM34.5 juta) untuk Faith. Pasangan itu mendakwa Putera Jefri berhutang... [Read More]

Bekas Tunang Adik Sultan Brunei Beri Keterangan

Posted by Mrbelia on 09:54 PM, 24-Nov-10  •  Comments (0)

NEW YORK - Micha Raines, bekas tunang Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik Sultan Brunei memberitahu sebuah mahkamah kelmarin bahawa beliau tidak mendapat bantuan kewangan daripada putera itu bagi menyara seorang anak lelaki mereka berusia lima tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Raines, 41, yang juga merupakan bekas pekerja Putera Jefri berkata, walaupun tidak menerima bantuan, beliau jarang mengalami masalah kewangan. Menurutnya, Putera... [Read More]