DIGI Ada Dimana Mana - Kisah Lawak

Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di fb(facebook). Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf.Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa... Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor
Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar msg kepada makwenya... .
Lelaki : awak , saya nk jumpa awak... saya x sabar nk lihat rupa awk.
Perempuan : betul ke? jemputlah datang ke rumah saya.
Lelaki : awak tinggal kat mne?
Perempuan : saya tinggal kat Johor... ... .. No46,Jalan batu 3,000000 , Johor
Lelaki : saya akan bertolak esok!
Keesokan harinya , lelaki itupun bertolak ke Johor untuk berjumpa dgn makwenya... Dalam pejalanan , mereka berbalas msg...
Perempuan : awak... . awk x sampai lagi ke? saya boring ni... .
Lelaki : saya dlm prjalanan ke rumah awak laa... ... .
Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss u..
Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah makwenya... Lalu mengetuk pintu rumah makwenya..Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya
Lelaki : pak cik... .. inikah rumah Fatimah??
Pak cik : ye.. kenapa?
Lelaki : Fatimah ada ke pak cik? saya ni sahabatnya... dtg melawat (sebenarnya dlm hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''
Pak cik : Fatimah dh lama meninggal dunia.
Lelaki : x mungkinlah pak cik. saya baru msg dia tadi..
Mereka berdua terdiam sebentar..
Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian... .
Perempuan : awak x sampai lagi ke??
Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awk lpas tu dia kata awk dh meninggal dunia...
Perempuan : mmng lah saya sudah meninggal dunia
Lelaki : habis tu.. mcm mna awak boleh reply msg saya?
Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana2... ... ..
begitulah kesudahan cerita itu... .













Comments
2 responses to "DIGI Ada Dimana Mana - Kisah Lawak"
restoe [06:53 PM, 12-Nov-11]
Nyimak sob....?
Fatimah [10:28 PM, 13-Jan-12]
Knape namanya cm nama axu!?Lgian mcm x logik je,bercinta dgn mayat..Tp lucu juga.Kahkah
Subscribe to comment feed: [RSS] [Atom]
New Comment