Isteri Maut Selepas Kelar Suami

Posted by Mrbelia on 10:43 AM, 21-Feb-12  •  Under: Jenayah

trjnx.jpg

GEORGE TOWN – Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga berakhir selepas suri rumah terbabit ditemui maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.

Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi.

Pada masa yang sama, hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa pula mendapati suaminya yang ingin dikenali sebagai Ah Hin, 44, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bilik tidurnya dengan kesan darah dipercayai dikelar isterinya menggunakan sebilah pisau.

Jian Min maut selepas dikatakan cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh dari bangunan setinggi 28.5 meter

sumber . Kosmo online

Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(You may use BBCode tags)