Feb19

Kebesaran Allah - Inilah Molekul Zam Zam Dan Asal Usul Air Zam2

Posted by Mrbelia • Under: Sudut Agama


Bertempat di sebuah hotel di kota Kualalumpur, Malaysia, Dr. Masaru Emoto dari Universitas Yokohama, Jepang, memaparkan hasil risetnya mengenai air yang ditulisnya dalam buku "The True Power of Water." Sejumlah slide kristal molekul air dari berbagai sumber, seperti air dari mata air, sungai, laut, telaga dsb. ditayangkan pada kesempatan itu. Ada satu kristal air yang nampak paling indah dan cantik, berbentuk seperti bunga atau cakra, bagaikan bertahta berlian mutu manikam, berkilau-kilau memancarkan belasan warna. "Molekul air apakah ini?" Tanya Masaru Emoto.

Suasana mendadak senyap, hadirin nampak terpana dan tak tahu persis kristal molekul apa gerangan. Namun tiba-tiba seorang dosen dari Universitas Malaysia mengacungkkan tangan, "mungkin itu adalah molekul air Zamzam." Katanya.

Dr. Masaru Emoto balik bertanya, "mengapa Anda berpendapat bahwa itu adalah molekul air Zamzam?"
Kata dosen itu, "Sebab air Zamzam adalah air yang paling mulia di dunia ini, jadi wajar kalau ia memiliki molekul berupa berlian yang berpendar indah."

Ternyata dugaan dosen itu benar. Itu memang air Zamzam. Penelitian Dr. Masaru Emoto telah menunjukkan bahwa air Zamzam memiliki molekul air paling cantik dan indah di antara air lainnya.

"Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan obat yang menyembuhkan penyakit." (HR. Thabrani dan Ibnu Hibban).

Disarikan dari buku "Mukjizat Penyembuhan Air Zamzam." Oleh Badiatul Muchlisin Asti. Penerbit Mutiara Media, 2009.

KHASIAT DAN SEJARAH AIR ZAM ZAM :
Bukan juga satu perkara baru khususnya penduduk Malaysia, pulang daripada mengerjakan haji di Makkah bersama satu atau dua bekas air zamzam yang dipersetujui fuqaha bahawa sunat meminum air berkat itu ketika melakukan ibadat haji atau umrah. Hukum sunat itu disahihkan nas asy-Syafi`eyah bahawa ia bukan hanya selepas mengerjakan tawaf tetapi nikmatnya boleh dikongsi bersama oleh mereka yang tidak berpeluang menunaikan haji di tanah suci.
Tidak hairanlah kalau ada jemaah haji yang pulang dari Makkah menghadiahkan ole-ole air zamzam kepada keluarga terdekat, saudara, handai dan taulan sebagai tanda menghormati khasiat air itu. Mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW gemar untuk meminum air zam-zam. Dalam satu kejadian, baginda pernah mencedok air perigi zamzam menggunakan tangannya. Kerana itu, ramai yang sanggup lakukan apa saja asalkan dapat bawa pulang air zamzam sebagai tanda sudah mengerjakan fardu haji.
Sejarah Wujudnya Air Zam-Zam
Yang nyata, air zamzam hanya ada di kota suci Makkah tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.
Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi perubatan dan kesihatan.
Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam
Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata: "Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."
Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."
Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.
Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.
Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada 2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.
Adab Minum Air Zam-Zam
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.
Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(Some BBCode tags are allowed)

Security Code:
Enable Images