Kenali Brunei Darulsalam Adat Budaya Dan Daerah

Brunei atau secara rasminya Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia.
Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.
Brunei dibahagikan kepada empat daerah:
Brunei Muara
Belait
Tutong
Temburong
Daerah-daerah Brunei dibahagikan lagi kepada 38 mukim.
Mukim Kianggeh
Mukim Berakas ‘A’
Mukim Berakas ‘B’
Mukim Kota Batu
Mukim Gadong
Mukim Kilanas
Mukim Sengkurong
Mukim Pengkalan Batu
Mukim Lumapas
Mukim Sungai Kebun
Mukim Tamoi
Mukim Burung Pinggai Ayer
Mukim Sungai Kedayan
Mukim Kampong Peramu
Mukim Saba
Mukim Serasa
Mukim Mentiri
Mukim Kuala Belait
Mukim Seria
Mukim Liang
Mukim Kuala Balai
Mukim Labi
Mukim Bukit Sawat
Mukim Sukang
Mukim Melilas
Mukim Pekan Tutong
Mukim Keriam
Mukim Telisai
Mukim Tanjong Maya
Mukim Kiudang
Mukim Ukong
Mukim Lamunin
Mukim Rambai
Mukim Bangar
Mukim Labu
Mukim Batu Apoi
Mukim Amo
Mukim Bokok
Etnik
Berdasarkan Lembaga Perlambangan Negara Brunei Darussalam iaitu bermula pada tahun 1984, etnik Negara Brunei Darussalam terdiri daripada puak atau rumpun jati secara rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan, iaitu:-
Melayu Brunei
Kedayan
Tutong
Dusun
Belait
Murut
Bisaya
Walau bagaimanapun, penduduk tetap Negara Brunei Darussalam ada juga berbilang bangsa seperti bangsa Inggeris, Cina, India, minoriti kaum etnik dari Malaysia Sarawak dan Sabah seperti Iban.
Bahasa
Bahasa rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah Bahasa Melayu seperti juga di Malaysia, Indonesia, Singapura dan di tanah Nusantara yang lain. Akan tetapi perbualan atau pertuturan hanya digunakan di dalam dialek atau loghat Melayu Brunei. Bahasa lain ada juga digunakan seperti di kalangan puak atau etnik yang lainnya seperti bahasa Kedayan, Murut, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Iban. Bahasa Inggeris juga dipertuturkan dengan meluas dan dipelajari di institusi pendidikan. Bahasa Cina, digunakan oleh sebilangan kaum Cina di Negara Brunei Darussalam.
Geografi
Brunei terdiri daripada dua bahagian yang tidak berkaitan; 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar, dengan hanya kira-kira 10,000 orang tinggal di daerah Temburong, iaitu bahagian timur yang bergunung-ganang. Jumlah penduduk Brunei ialah 383,000 orang. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan. Sebilangan bandar utama termasuk bandar pelabuhan Muara, serta bandar Seria yang mengeluarkan minyak, dan Kuala Belait, bandar jirannya. Di daerah Belait, kawasan Panaga ialah kampung halaman kepada sebilangan besar rakyat asing, disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini.
Iklim Brunei ialah tropika khatulistiwa, dengan suhu serta kelembapan yang tinggi, dan sinaran matahari serta hujan lebat pada sepanjang tahun.
Ekonomi
Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran [keusahawanan] dalam negeri dan asing, kawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas asli membentuk hampir separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Brunei. Pendapatan yang cukup besar daripada pelaburan luar negeri menambah pendapatan daripada pengeluaran dalam negeri. Kerajaan membekalkan semua perkhidmatan perubatan dan memberikan subsidi beras dan isi rumah. Pemimpin-pemimpin Brunei berasa bimbang bahawa persepaduan dengan ekonomi dunia yang semakin bertambah akan menjejaskan perpaduan sosial dalaman, walaupun Brunei telah memainkan peranan yang lebih ketara dengan menjadi pengerusi forum APEC pada tahun 2000. Rancangan-rancangan yang dinyatakan untuk masa hadapan termasuk peningkatan kemahiran tenaga buruh, pengurangan pengangguran, pengukuhan sektor-sektor perbankan and pelancongan, serta secara umumnya, peluasan lagi asas ekonominya. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang merupakan syarikat penerbangan negara sedang berusaha menjadikan Brunei sebagai pusat untuk perjalanan antarabangsa antara Eropah dan Australia/New Zealand. Syarikat ini juga mempunyai perkhidmatan ke destinasi-destinasi Asia yang utama.
Demografi
Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Brunei adalah orang Melayu. Kelompok etnik minoriti terdiri daripada lebih kurang 15% jumlah penduduknya. Kaum-kaum ini juga membayangkan bahasa-bahasa yang paling penting: bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi. Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas, dan terdapat komuniti ekspatriat yang agak besar dengan sebilangan besar warganegara British dan Australia.
Islam ialah agama rasmi Brunei, dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu. Agama-agama lain yang dianuti termasuk Buddha (dianuti terutamanya oleh orang Cina), Kristian, serta agama-agama orang asli (dengan jumlah yang amat kecil).
Budaya
Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia, dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam, tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding Malaysia. Jualan dan penggunaan alkohol diharamkan, dengan orang luar dan bukan Islam dibenarkan membawa 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk negara ini. Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an, semua pub dan kelab malam dipaksa tutup.
Seni dan warisan
Seni disenaraikan di Brunei terdiri daripada pelbagai jenis cabang termasuk:
Puisi, seperti pantun, sajak, syair dan sebagainya
Sastera dan bahasa, seperti koleksi buku-buku novel, sejarah, peribahasa, perambahan Brunei, bidalan , hik ayat dan sebagainya
Muzik tradisional, termasuklah ira manya, rentaknya dan alat-alatnya yang tertentu
Lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat, seperti Samalindang
Tarian tradisional dan teater, seperti zap in, joget, ala i sekap, adai-adai dan sebagainya
Lukisan
Kraftangan, s eperti menenun kain jong-sarat dan meng anyam seperti m embuat bakul se perti tekiding
Memburis perahu, seperti perahu tambang
Pertukangan tangan, se perti emas dan perak untuk barang perhiasan
Senjata seperti keris
Pakaian, perhiasaan dan kustom negara, seperti pakaian etnik negara
Seni mempertahankan diri, seperti pencak silat
Pantang larang
Adat, seperti adat perkahwinan
Adat-istiadat negara
Makan sirih pinang. P/S: Nanti mr update lagu2 kebudayaan negeri brunei ..













Comments
No comments yet. Why not make the first one!
New Comment