Kumpulan Samudera, Axthara , X-Ray

Posted by Mrbelia on 08:26 PM, 29-Dec-11  •  Under: Buletin Artist

samudera-silaturahim.jpg

Kumpulan ini muncul sekitar awal 1990-an. Vokal utama ialah Ujang. Bagaimanapun kumpulan ini hanya dikenali pada tahun 1995 dengan lagu Salam sejahtera. Sebelum ini, kumpulan ini menggunakan nama Axthara. Tetapi pada tahun 1993, mereka menukar nama Axthara kepada Samudera. Vokalis kumpulan ini, Ujang telah menyertai sebuah kumpulan yang diberi nama X-Ray, yang popular dengan lagu "sungguh tak kusangka".Pada masa sekarang Ujang tidak aktif lagi dan bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur,Segamat.Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Antara Album2 Samudera:

Titian Hasrat - '1993

Terminal Cinta '1994

Tiada berita2 terbaru mengenai kumpulan samudera lewat tahun 2000 sehingga saat ini. Namun sebagai  rujukan terakhir mr perolehi dari sumber http://harakahdaily.net tak pasti tarikhnya bila . Moga kisah2 mereka dapat meredakan sedikit rindu kpd kumpulan samudera ni smile Baca dibawah Gitaris kumpulan samudera bergabung dgn kumpulan melissa

PERMATANG PAUH, 14 Dis: Keaktifan dua bekas anggota kumpulan rock tanahair penghujung 90 an Melissa dan Samudera menyampaikan dakwah menerusi lagu bertemakan Islam wajar dihargai kerana cara tersebut boleh membantu meningkatkan kefahaman Islam di kalangan golongan muda.

Bagi Vokalis Melissa yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', Mohd Rodzi Abdul Hamid dan bekas gitaris kumpulan Samudera, Syed Anuar Syed Yusof yang top dengan lagu 'Salam Sejahtera' kini boleh terus berbangga.

Ini kerana, kalau dulunya mereka menjadi idola remaja yang tergilakan muzik slow rock, kini bertekad akan membawa lagu-lagu berunsur nasihat pula semata-mata ingin melihat perubahan pada masyarakat.

Ini kerana diri mereka pernah disanjung setinggi langit dan tahu betapa agungnya di saat itu namun kini semuanya telah berubah kerana ingin mencari kelainan setelah menyedari kekosongan pada diri sendiri.

Kegelisahan jiwa terutamanya, menjadi kusut walaupun di saat-saat kegemilangan dan hanya dapat menemui titik ketenangan bila berhasrat meninggalkan terus lapangan yang diminati sejak kecil.

Maklumlah kata mereka, zaman itu pergilah ke mana sahaja samada pesta, karnival, konsert dan sebagainya pasti mendapat pujian, tambahan lagi di kelilingi peminat wanita.

"Dulu saya pernah di atas mendapat sanjungan ramai tapi kini saya terus berbangga walaupun tidak lagi sehebat dulu. Sekarang ini terdapat ketenangan yang tidak ada pada zaman muda," ujarnya sebelum mendendangkan lagi top Melissa 'Cinta Untuk Nabila'.

"Saya pula walaupun tidak menjadi penyanyi utama Samudera dan hanya pemain gitar utama turut terasa bahang kemasyhuran apabila gambar sering terpampang di dada akhbar. Namun itu hanya sementara dan sekarang jiwa saya benar-benar tenang, " jelasnya yang kini berhasrat mahu muncul dengan Samudera semula tetapi berlainan imej dan penyampaian jika usahanya perbincangan dengan syarikat rakaman membuahkan hasil.

Penonton walaupun tidak seramai malam konsert rock tetapi kehadiran mereka benar-benar membuktikan kesungguhan untuk memberi semangat baru kepada dua bekas anggota rock berkenaan setelah kembali dengan imej baru di mana Radzi nampak macam ala kumpulan Al-Arqam manakala Syed Anuar macam ala Jemaah Tabligh.

Semalam mereka mengadakan persembahan sempena Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam di Dataran Pusat Bimbingan Islam Darul Huda, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Selain menjemput artis yang terkenal dengan irama rock, kumpulan Nasyid sebaris dengan Raihan, Hijjaz dan Rabbani iaitu Kumpulan Rusdan turut mengadakan persembahan pertama setelah tidak bersama 11 tahun lalu.

Turut disajikan dalam program tersebut ialah bacaan sajak, bercerita dalam Bahasa Mandarin dan pantomen bertajuk 'Tidak hargai jasa bapa'.

Insyallah . Jika ada pkembangan terkini mr akan paparkan kisah2 penubuhan x-Ray , Axthara , Samudera sehingga ke penghujung kegemilangan mereka . Jika perlukan Mp3, mr dah repair album Keunggulan Samudera , juga lagu Axtara, X-Ray Moga terhibur .  

Axthara - http://malayhitz.xtgem.com/Site/Mp3Site/Files_AB/A/axthara

X-Ray - http://malayhitz.xtgem.com/Site/Mp3Site/Files_WX/X/x-ray

Smudera (Layari http://malayhitz.xtgem.com)

Lagu2 samudera tidak saja ditemui di laman2 melayu, bahkan turut diterima baik oleh anak2 muda dari indonesia . Brunei dan Singapura . Sekalipun kebanjiran artis2 baru dimalaysia, namun popularity lagu2 mereka tetap disanjung sbgai lagu pop terbaik era rockkapak . 


Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(You may use BBCode tags)