Lima warga negara asing menyalahgunakan pas imigresen

Posted by Mrbelia on 12:57 AM, 23-Nov-11  •  Under: Sumber Dari Brunei

berita18b.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 November. - Dalam usaha berterusan Bahagian Penguatkuasa Undang-undang telah pun melaksanakan operasi dan pemeriksaan berdasarkan kepada maklumat terkumpul ke atas premis perniagaan yang dipercayai terdapat pesalah imigresen.

Pada sasaran pertama di kawasan premis perniagaan di Daerah Tutong iaitu kedai jahit, kedai runcit dan kedai makan, seorang lelaki warga negara asing pekerja di salah sebuah kedai jahit gagal untuk menunjukkan sebarang dokumen yang mengandungi pas imigresen yang masih sah.

Lelaki berkenaan telah pun dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Bandar Seri Begawan bagi tapisan lanjut.

Manakala pada sasaran kedua, serbuan dibuat ke atas dua buah kantin berdekatan dengan Projek Pembinaan Perumahan Daerah Tutong yang mana keadaannya terkawal dan terdapat pondok keselamatan di laluan kenderaan keluar dan masuk ke tempat berkenaan, pegawai bertugas yang membuat serbuan ke kawasan berkenaan mendapati lima orang warga negara asing iaitu empat perempuan dan seorang lelaki didapati menyalahgunakan pas imigresen.

Serbuan mengejut berkenaan ketika mereka ini sedang melakukan pekerjaan dan empat darinya pemegang pas melawat dan seorang darinya adalah jaminan amah.

Semasa pemeriksaan berkenaan didapati tidak seorang pun pekerja yang di bawah jaminan oleh peniaga tempatan yang dikatakan mendapat tender dan mengendalikan kantin dari Pemaju Projek Pembinaan Perumahan di Daerah Tutong yang mana pada masa ini projek tersebut baru di peringkat meratakan tanah.

Kantin yang ada berperanan bagi pengendalian makanan pekerja binaan dan juga bagi pekerja di 'site office' di kawasan pembinaan.

Empat orang warga negara asing yang terdiri dari seorang lelaki dan tiga orang perempuan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang bagi siasatan lanjut.

Pada mulanya salah seorang perempuan berkenaan tidak mengakui bekerja di kantin berkenaan kepada pegawai yang bertugas akan tetapi kemudiannya mengakui bekerja di kantin berkenaan bertindak sebagai tukang masak dan sekali gus mengurus kantin berkenaan.

Warga negara asing yang bekerja di negara ini di ingatkan agar tidak menyalahgunakan pas imigresen dan jaminan pas mereka dan melakukan pekerjaan sepertimana jaminan di dalam pasport mereka, pihak majikan juga diingatkan agar tidak mengambil bekerja pesalah imigresen atau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) akan sentiasa menjalankan atau melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan berterusan sama ada secara persendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain yang di nilai mengikut keperluan maklumat yang terkumpul.

Ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut jabatan ini mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen.

Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

Dengan menghubungi ke talian Hotline JIPK di talian 8753888 dan 8734888

Sumber : Pelita Brunei

Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(You may use BBCode tags)