Sakit Tuan - Kencing Keluar Seperti Nanah

ZAKAR saya kadangkala mengeluarkan cecair seperti nanah. Bila hendak membuang air kencing akan terasa sakit seperti pedih. Saya sudah ke klinik dan doktor terbabit memberikan saya antibiotik ‘hovid amoxycillin cap b.p. 250 mg’ dan cuci air kencing.
Selepas memakan ubat terbabit masalah saya berkurangan. Bagaimanapun, saya ingin tahu lebih lanjut apakah yang menjadi punca kepada penyakit ini?
JOE Pulau Pinang
Anda mengalami pengeluaran cecair seperti nanah daripada salur kencing dan ia terasa sakit ketika anda mahu membuang air kecil. Nampaknya anda mengalami keradangan salur kencing dan keradangan ini mungkin berlaku akibat tekanan kepada salur kencing (sebab seperti kerap onani) atau terkena jangkitan kuman atau virus daripada hubungan seks rambang sama ada melalui seks penetratif faraj atau seks penetratif lubang dubur atau seks oral.
Jika anda pernah melakukan seks rambang dan cecair ini keluar lepas 24 jam, kemungkinan anda terkena jangkitan Gonorrhea. Jika pengeluaran nanah itu berlaku beberapa hari atau minggu, kemungkinan ia akibat jangkitan kuman virus Chlamydia.
Kedua-dua jangkitan ini dikenali sebagai Jangkitan STI atau Sexually Transmitted Infections atau Penyakit Jangkitan Kelamin. Jika anda ke hospital, tentu doktor akan melakukan ujian darah dan ujian cecair daripada salur kencing untuk memastikan jenis jangkitan.
Doktor akan beri antibiotik mujarab untuk memulihkan jangkitan. Jika doktor memberi antibiotik tanpa pemeriksaan darah, kemungkinan ubat diberi tidak tepat dan jangkitan itu boleh membiak apabila ubat diberi habis.
Nampaknya, ubat yang doktor berikan tak dapat menyelesaikan masalah anda. Saya cadangkan anda berjumpa pakar dan minta ujian darah dilakukan untuk kepastian jenis jangkitan yang anda alami.
Jika anda tidak pernah melakukan seks rambang, sebaliknya hanya melakukan onani secara ketara, anda perlu kurangkan amalan itu. Jarang jangkitan kencing kotor boleh menular ke salur kencing.
Jika penyakit kencing kotor dapat diatasi dengan ubat, masalah itu akan reda.
Saya syorkan anda berterus-terang kepada doktor jika mahu pulih













Comments
No comments yet. Why not make the first one!
New Comment