Sejarah Kumpulan Kristal Dan Kontraversinya

Posted by Mrbelia on 10:48 AM, 02-Jan-12  •  Under: Buletin Artist

kristal.jpeg

Kumpulan Kristal  ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitaris utama) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.

Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .

Setelah keluar dengan 'Semut & Lebah' serta 'Pak Belalang', Kristal muncul dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu 'N.T Virus'. Album 'N.T Virus' ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.

'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.

Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, Zunika (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.

Line up asal Kristal ni terdiri dari Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bes), Bob (gitar kedua) dan Ainul (dram). Namun disebabkan Ainul dan Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain. Maka Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram. Posisi Joe diganti oleh Nicx tapi sekadar sensionist. Kristal akhirnya dapat mengisi posisi ini dan digantikan oleh Acap (adik kepada Rody).{Sumber Wiki}

Krisis Kristal Dan Paklong:

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shafie Ahmad,46, atau lebih dikenali sebagai Pak Long yang popular dengan lagu Selagi Ada Rindu berjaya menyelesaikan kesnya dengan Kumpulan Kristal yang dikatakan “mencuri” lagu berkenaan untuk dimuatkan dalam album mereka.

Pak Long berkata, hasil perbincangannya dengan syarikat rakaman Music Valley, mereka telah mencapai kata sepakat untuk tidak memanjangkan kemelut itu.

“Saya sudah berjumpa dengan pihak pengurusan yang menerbitkan album Kumpulan Kristal tidak lama dahulu dan kami mencapai persetujuan yang baik. Pihak Music Valley pun sudah memasukkan nama saya dalam album Kristal sebagai pemilik asal lagu berkenaan.

“Malah syarikat itu juga memberi peluang kepada saya menghasilkan beberapa buah lagu untuk artis dia bawah syarikat mereka,” katanya kepada mStar Online semasa majlis pelancaran single terbaru nyanyiannya di Restoran Rebung di sini, Selasa.

Pak Long menambah, dia gembira lagu berkenaan yang pernah dia popularkan untuk album pertamanya pada tahun 2008 dinyanyikan semula oleh artis lain dengan susunan muzik berbeza.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Pak Long baru menyiapkan “single” terbarunya berjudul Rindu Tetap Merindu yang merupakan kesinambungan Selagi Ada Rindu.

Lagu edaran syarikat rakaman FMC itu katanya telah dihantar ke stesen-stesen radio dan sedang menunggu giliran untuk disiarkan.

Ujarnya, lagu tersebut ditulis kira-kira dua tahun lalu yang mengisahkan mengenai alam dan percintaan.

“Saya suka berimaginasi ketika menghasilkan lagu. Lagu ini dibuat di tepi pantai sambil mengimbas pengalaman saya merindui peminat-peminat saya,” uarnya.

Tambah Pak Long lagi, istimewanya “single” tersebut kerana turut memasukkan bahasa daripada petikan sastera lama selain berkonsepkan etnik balada. Ia turut memuatkan muzik berunsurkan rock, Arab dan kemelayuan.

Ditanya tidakkah dia berasa bimbang kerana terpaksa bersaing dengan artis-artis yang lebih muda, bapa kepada tujuh orang anak berusia lapan hingga 11 tahun ini memberitahu, tidak berasa bimbang dengan hal tersebut.

Ujarnya, karya yang dihasilkan tiada kaitan dengan usia tetapi apa yang lebih penting bagaimana sesebuah lagu itu mampu memikat hati pendengar selain mampu bertahan lama.

Pak Long yang pernah menghasilkan lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian kumpulan Jin Bara dan Al-Jannah yang dipopularkan Mawi turut memberitahu, selepas “single” tersebut popular, dia berhasrat menghasilkan sebuah album penuh yang dijangka berada di pasaran pertengahan tahun 2012.

P/S : Lagu2 kristal akan menemui korang tak lama lagi di http://malayhitz.xtgem.com . Menampilkan 9 Album terbaik kumpulan kristal dari saat ditubuhkan hingga album akhir rockbolly . Sentiasa bersama malayhitz untuk mega update lagu2 rock , blues, pop dll dalam versi mobile 32,48, dan 64 bytes ....

Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(You may use BBCode tags)