Sep01

Teka Teki Lawak Gila

Posted by Mrbelia • Under: Cerita2 Jenaka
A) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang ?
-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang...

B) Banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh di makan???
-Misai

C) Batang apa yang kalau orang pegang-pegang nanti kena gatal-gatal?
-Batang Keladi

D) Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
-bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )

E) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja.Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen.bagaimana dia nak pergi tempat tu?
-Dia buat muka seposen saja , 50 sen + 10 sen = 60 sen

F) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
-kedua-duanya tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh saja..

G) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
-Penguin

H) Banyak2 katak, katak apa yang boleh bercakap?
-Katakanlahhhhhh.....

I) Tersebut kisah,ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak beranak, lalu suami dia bawak lah isteri tu ke hospital..lalu dia melalui FARM dan LOMBONG BIJIH TIMAH..lepas tu anak dia lahir, dan dinamakan FATIMAH, Kenapa ?
-Sebab dia dapat anak perempuan..huar..huar..huar..

J) Kenapa penggali kubur, bila nak gali kubur, dia tak pakai spender?
-Takkan nak pakai spender, pakai cangkul lah...

K) 4 Soalan dengan satu jawapan :

(1)Kenapa pencuri kena tangkap
(2)Kenapa ubi jadi kayu
(3)Kenapa gigi sakit
-sebab lambat cabut

L) Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
-Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe

M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?
-Lingkaran nyamuk Shieldtox

N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
-Bahrain

O) Macammana nak pergi haji kalau duit tak ada?
-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pergi haji. ..hehehe..

P) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
-Si Katun lah....
Share on Facebook Share on Twitter

Comments

10 responses to "Teka Teki Lawak Gila"

05:39 AM, 02-Oct-11
alia

soalan:
bas apa yang pandai

jawapan:
bas sekolah

07:46 PM, 09-Dec-12
imam

hahaha............., lawak betul

06:16 AM, 01-Feb-13
kelvin

hua hua..! lawak gila... O.o

02:27 AM, 16-Mar-13
balqis

teka teki teka teko, haiwan apakah yang bertudung kalau tau jangan jawab. hahaha

03:09 AM, 10-Apr-13
miera ieka

mang tbAek arh teka teki nhe . adE ag ark ?

04:25 AM, 14-Apr-13
qaseh nur akma

soalan;
knp lelaki perlu beristeri

jwpn;
kalau kahwin satu isONE
kalau kahwin dua isTWO
KALAU KAHWIN tiga barulah isTERI

11:25 PM, 18-Apr-13
kebahagiaan hanya sekejap

sapa kah nma aku.. ahaha.. tka tki ni.. h_fi_a_ ... ape jwpn nye??

10:33 PM, 20-Apr-13
ek!n_n9 ,

hahahaha!shiallah!lawak gle !pcah prut aku glak. ,xD

05:52 PM, 29-Jul-13
JanET lyn

hahaha adu...lawak gila...

05:52 AM, 27-Oct-13
zulirah

haiwan apa yg pandai karate

jawapan:kuda belang la sebab banyak belang

minyak apa yang laki suka

jawpan: menyaksikan bola sepak

siapakah nama saudara mr bean jawapan: mr buncit

Subscribe to comment feed: RSSAtom

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(You can use BBCode)

Security:
Enable Images