Mar01

Waktu Yang Sesuai Solat Dhuha Dan Fadhilat Solat Dhuha

Posted by Mrbelia • Under: Sudut Agama

shlatxxccc.jpeg

Assalamualaikum Wbt .

Soalan :

Ustaz - Bila waktu yang sesuai untuk solat dhuha dan apa kelebihannya ?

Jawapan:

Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat seperti solat-solat sunat yang lain. Ia dilakukan lebih kurang 2 jam selepas sembahyang subuh sehingga sekitar pukul 12.00 tengahari .Niat sembahyang Dhuha ialah sahaja aku bersembahyang sunat Dhuha 2 rakaatkerana Allah S.W.T.Dalam rakaat pertama selepas bacaan surah al-Fatihah bacalah surah Wassyamsi Wa Dhuhaha atau surah al-Kaafirun dan rakaat kedua selepas bacaan surah al-Fatihah bacalah surah ad Dhuha atau al-Ikhlas.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha :

Allah berfirman :

"Wahai Anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya "
(Riwayat Ahmad)

Rasulullah bersabda :

" Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan " (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. Dan juga solat 'magnet' rezeki!

" Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar " Hadis riwayat Muslim

Solat Sunat Dhuha jugak adalah antara Sunnah Rasulullah yang kita mesti ikut. Waktu melakukan solat sunat dhuha ini adalah antara pukul 8.00 pagi sehingga sebelum tergelincirnya matahari. Ada yang mengatakan lebih afdal buat antara pukul 9.00 pagi ke 10.00 pagi. Wallahualam.

Tapi yang penting di sini, perlaksanaanya. Jangan tinggal kalau boleh. Lakukan secara berterusan, dan insyaAllah anda semua akan merasai kelainannya. Dan rezeki akan datang dari arah yang tidak disangka-sangka oleh anda.

Amalkan solat sunat ini setiap hari, dapat 2 rakaat 1 hari pun tak mengapa. Janji jangan ditinggalkan Sunnah ini. Tambahkan amalan kita dengan solat-solat sunat. InsyaAllah boleh menghapuskan dosa. Kadang-kadang kita solat fardhu yang 5 waktu pun tak khusyuk, jadi boleh la perbanyakkan amalan sunat yang lain. InsyaAllah dapat membersihkan hati kita.

 Baca Doa Dibawah selepas selesai solat:


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Amin.

Sebahagian Sumber Dari : senseiabil.blogspot.com/

Share on Facebook Share on Twitter

Comments

No comments yet. Why not make the first one!

New Comment

[Sign In]
Name:

Email:

Comment:
(Some BBCode tags are allowed)

Security Code:
Enable Images